Showing posts with label CHANTEK. Show all posts
Showing posts with label CHANTEK. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

BILA KARTINI MULA MENGEMAS

~~~ bile mood tetibe baik...bile habuk dah boleh nampak dengan mata yang rabun...bile organizer dah tak ter'organize'...bile koleksi sudah bertambah ~~~








Gambar ni cuma 'a part of the collections' yang ade. Ade lagi compartment with 3 small drawers untuk simpan yang bersaiz kecil e.g eyeshadows...dan ade 2 bekas untuk letak brushes dan segala eyeliners/mascaras/dan yang seumpama dengannya...dan juga pallette eyeshadows yang sudah tidak bersusun dan berlabel...mak aiii...bile pulak la mood untuk that part sampai ek???






- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 6, 2011

TIPS KESIHATAN

Tips Kesihatan - Penting Penting Penting

  • Jawab panggilan telefon menggunakan telinga KIRI.
  •  
  • Jangan minum kopi / caffeine lebih dari DUA KALI sehari.
  •  
  • Jangan telan pil / ubat dengan air SEJUK.
  •  
  • Elakkan mengambil makanan berat selepas jam 6 PETANG.
  •  
  • Kurangkan pengambilan makanan BERMINYAK.
  •  
  • Lebihkan minum air di waktu PAGI, dan kurangkan minum air di waktu MALAM.
  •  
  • Jarakkan diri dari CHARGER telefon.
  •  
  • Jangan menggunakan HEADPHONE / EARPHONE pada jangka masa yang lama.
  •  
  • Waktu tidur terbaik adalah antara jam 10 MALAM hingga 6 PAGI.
  •  
  • Jangan terus BARING selepas mengambil ubat sebelum tidur.
  •  
  • Apabila bateri telefon berada di bar / grid TERAKHIR, jangan jawab telefon kerana radiasi meningkat 100 kali ganda.




Thursday, April 28, 2011

SI GILA MAC

Aiyaiyaiiii!!!! MAC akan keluar dengan koleksi terbaru lagi~~~~

Kalau tak salah, 23hb April baru ni MAC Malaysia launch Quite Cute collection. Collection ni lebih menumpukan pada warna-warna pastel. Ya, memang sangat cantek pada mata tapi untuk actual application, warna-warna ni kurang menyerlah. Ke...memang tak kena ngan warna kulit aku yang ala-ala kusam masam nih. Hehe... Tapi sebagai collector tegar...aku tetap sambar 1-2 barang; Playing Koi lipstick, In-Synch Lipliner ngan Sakura blusher (eh, ni dah jadik 3....hehe). So far...ni jek kot yang menarik minat aku...Saint Germain ngan Candy Yum-yum lipstick pon best sebenarnya tapi aku tak beli pon sebab Saint Germain tu warnanya agak common dan Candy Yum-yum lak sangat meriah gitu...cantek tapi aku tak berani nak pakai.








Collection terbaru; MAC FASHION FLOWER ni pulak baru je launch kat US semalam, 28th April. Ntah bila pulak nak sampai kat Malaysia. Tapi agak teruja gak la sebab walaupun casing sama macam permanent line, tapi ade corak seperti bunga pada permukaan eyeshadow dan beauty powder nya. Koleksi ni sempena musim bunga kot ekk sebab tema-nya floral gitu. aku dah 'aim' 1-2 barang kottt..ehhh...asek 1-2 tapi nanti belinya 3-4...iskiskisk...kartini....kartini...Hmmm...buat masa ni aku dah terpikat kat Lucky Green eyeshadow ngan Ever Hip lipstick. Tapi...tunggulah actual swatch nya nanti eh...mana tau tiba-tiba tak lawa sebenarnya....ATAU....tiba-tiba banyakkkkkk lak lagi yang aku menarik tertarik...hehehe...sebelum collection tu sampai Malaysia...jom la kita jamu mata jek eh. Gambar ni aku dapat dari paparazziboy.








Amacam???? Menarik kan? KANKANKANKAN???? big SMILE :D








- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, April 18, 2011

CEMANER NAK DE-POT NIH???


yeay!!! seperti yang kalian sedia maklum...aku adalah seorang yang gila MAKEUP! sangat gila dan sangat berhabisan duit untuk beli MAKEUP! ooopppsss....terlepas sudah...abesla Encik Suami tahu nih...AMPUN~~~~


dan brand yang palinggggggggggggggggg banyak dalam koleksi aku dah tentulah MAC. korang pon dah baca kan kat sidebar blog ni...I AM A MAC FREAK!!! setiap koleksi mesti aku akan beli. keminatan pada brand ni adalah dalam 2 - 3 tahun lepas...bersamaan sejak mula kerja la kan...gila ko masa belajar nak pakai MAC...mati dikerjakan bapak aku nanti...HAHAHA...


ok...dipendekkan cerita...dah macam-macam cara aku meng'organize' koleksi-koleksi MAKEUP aku nih...tapi tetap gak nampak sedikit serabut...padan muka aku..saper suruh beli banyak...(eh...kata minat...mestila kumpul banyak-banyak...sssshhhhhhh!!!!)


lalu...di suatu hari yang hening...chheewwaahhh....dan ala-ala terpengaruh (eh, tak la terpengaruh sebenarnya..cuma baru terfikir kebaikan....uhukkss) dengan rakan se'MAKEUP' aku...puan Fai...aku pon membuat keputusan untuk membeli satu eyeshadow pallette untuk simpanan segala eyeshadow aku tuh...yes...dengan harga RM55 (alamak Encik Suami...jangan nak pengsan eh sebab dah tahu harga)...aku pon sambar la pallette tu...behtu dah beli pallette..cemaner pulak nak susun-susun eyeshadow nih???



pallette 55 hengget...sebab nama MAC...behtu ada ke yang nama MAYBELLINE???


ok...ok...jangan bimbang sumer rakan-rakan...zaman kan dah moden...YOUTUBE kan ade...mehla kita geledah dan cari tutorial untuk de-pot eyeshadow nih...nah! tengok nih! meh kita belajar sama-sama eh...








amacam??? senang kan??? dengan berbekalkan tweezer, lighter (jangan tiru aksi ini...aku adalah pemalas untuk gunakan lilin...guna lighter Encik Suami saja), double side tape, pallette dan eyeshadow-eyeshadow sekalian...maka aku pon beroperasi lah seperti video di atas...dan hasilnya.......................BERJAYA!!! pandai dah de-pot sendiri...lepas ni leh tambah koleksi lagi ke??? (TANDA SOAL LIMA KALI GANDA BESAR UNTUK POKET SENDIRI???!!!)



shroom, satin taupe, carbon, tene-e-teint, all that glitters, devil, yellow, oomph, vibrant grape


ni la yang aku cerita tu...kemas kan?kan?kan? baik korang yerkan je ehhh...hmm...macam ada lagi ruang kosong tuh? nak buat aper nih??? NGEHEHEHEHE (ketawa jahatt!!!)





Sunday, November 14, 2010

LAWATAN SEHARI KE HARRIS

Entry tak bermaksud sekadar mahu berkongsi buku-buku tambahan untuk koleksi terkini. Yup...selain dari beberapa majalah yang wajib menjadi peneman setia saban bulan...sesekala lawatan ke toko-toko buku juga takkan aku persiakan sekalipun senaskah buku. Tak kire la genre ape...yang penting semua topik-topik yang memang menjadi kegemaran aku. Maka kali ini...dengan gembiranya aku ke kaunter dengan satu buku hasil tulisan Zulfadli Suhadi, salah seorang jurusolek artis terkenal Malaysia dan satu lagi buku dari penulis kegemaran, Sophie Kinsella. ~~gembira~~













- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 17, 2010

KLIK-KLIK MAC WORKSHOP


MAC WORKSHOP - TECHNIQUE


speaker = ms. haritha shan; model = puan siti faizura






acara mewarna/melukis/menata muka masing-masing




sambil mendengar + sambil melukis + sambil mencatit




i wish have that complet set of make-up brushes..auuww..




muka-muka selepas di make-over..




muka-muka kami lagi...balik-balik kami..balik-balik kami..


barang yang dapat dibeli..oopss encik suami..saya pasti saya belum ada yang ini




ni pulak dari goodie bag...bekas untuk simpan berus-berus makeup dan sample size of 3 different products..best kannn...!!!!

Wednesday, June 16, 2010

MAC WORKSHOP 101

seperti yang dijanjikan..harini aku nak hapdet tentang bengkel solekan MAC yang aku dan faizura sertai. tapi sebelum tu..meh aku story siket cerita sedih+gelabah+lemau+seangkatan dengannye..lepas kerja kol 12.30 tadi..aku singgah kat rumah The Garden..saje nak siap-siap kat situ sebelum gerak ke Puteri Pacific..pas makan maggi tomyam (nak singgah drive-thru mc-d tapi semalam baru je makan)..aku pon konon-konon baring-baring la sekejap sementara nak menunggu kain baju siap dibasuh si tukang mesin basuh tu..baring punye baring...sampaila terlelap sudah...dan akhirnye tersedar pukol 2.40 petang..sebut lagi sekali...2.40 ok...dan kelas aku mula pukol berape?????saper yang ingat? haaa...betol..pukol 3 petang!!!punyela gelabah kambeng aku mase tu..aper lagi..jadi kartini schumacher la aku lepas tu..dan dugaan memang banyak untuk aku sebab (1) highway pasir gudang jammed dan aku berpatah balik untuk ikot alternative road (2) kereta-kereta di hadapan aku sumer pakat pandu halaju bersiar-siar di tepi pantai (3) berpusing-pusing cari parking dan cari jalan nak ke lobby..haha..dan dengan rasminya aku masok ke dalam Delima Ballroom tu pade pukol 3.40 petang..kwangkwangkwang...

aku pon tak tahulah aper yang diorang dah terangkan 40 minit sebelum tu sebab mase aku sampai..masing-masing baru hendak mula buat solekan kat wajah sendiri...dan puan faizura dipilih untuk jadi model pada sesi tu...(ko dipilih ke..ko memilihkan diri eh faizura???hehe). maka sekarang aku akan terangkan langkah-langkah dan tips-tips yang diajar sepanjang sesi itu yer...



1. pastikan wajah bersih dari solekan..jika ada..gunekan make-up remover yang sesuai untuk muka+bibir+mata (gentle off eye and lip makeup remover).



2. semburkan fix+ sebelum dan selepas solekan untuk solekan yang lebih tahan lama dan radiance, kemudian aplikasi moisturizer (strobe cream) dan eye cream (fast response eye cream).



3. sebelum sapu foundation, aplikasi base@primer (skin base visage) untuk kulit yang lebih licin dan kurang berminyak, diikuti dengan foundation (mineralize skinfinish spf15 foundation) dan concealer (studio finish spf35 concealer). *tips* untuk lebih mudah aplikasikan concealer, boleh dicampur sedikit dengan eye cream dengan menggunakan berus 219. kesannya concealer yang lebih rata dan kurang bercapuk.



4. dan langkah terakhir untuk persediaan wajah (skin preparation), tepuk-tepukkan sedikit loose powder (sheer/loose powder) dengan berus 129 dan kemudian ratakan. kesannya muka nampak lebih 'matte', dan wajah nampak natural.



5. mulakan dengan solekan mata (a) lukiskan kening dengan eyebrow liner *tips* untuk pastikan penghujung kening, selarikan pensil atau berus dari hujung bibir+tepi hidung+hujung mata, di mana pensil/berus bertemu dengan kening..di situlah penghujung kening anda sepatutnya. untuk pastikan puncak kening, pandang ke hadapan dan puncak kening sepatutnye berada selari dengan tengah anak mata. (b) sebelum mulekan dengan eyeshadow, aplikasikan dulu prep+prime eye untuk warna eyeshadow yang lebih menyerlah+cantik+tahan lama. (3) eyeshadow seperti biase gunekan 2@3 ton warna; gelap, cerah dan highlighter...untuk mata bundar, warna tak perlu terlalu tinggi, cukup takat bola mata. untuk mata kecil@sepet, lebihkan sedikit warna tapi jangan sampai ke tulang kening. gunekan berus 239 dan kemudian blend. *tips* untuk highlighter, boleh gunakan eyeshadow warna putih/beige/natural ataupun gunakan sahaja mineralize skinfinish pada kelopak mata (bawah kening) dan sedikit di hujung dalam (inner corner) mata.



6. selesai menepek eyeshadow, gariskan atas dan bawah kelopak mata. peringatan - garis untuk bawah mata tidak boleh sama sekali guna liquid eyeliner (penultimate eyeliner)..mesti guna pencil. *tips* nak tahu kenapa garis bawah mata selalu smudge dan hilang..sebab kita hanya ada waterproof liner tapi penyebab utama smudge adalah body oil kita..lalu untuk kekalkan garis bawah mata tahan lebih lama, selepas garis menggunakan pencil, 'dab'kan eyeshadow di atas garisan tersebut. eyeshadow bertindak untuk 'seal'kan garis mata dari pencil. kemudian, 'curl'kan bulu mata anda dengan eyelash curler sebelum dilayang mascara. mascara mesti dilayang secara zig-zag dari bawah bulu mata untuk mengurangkan mascara jadi 'clumpy'.



7. lepas siap part mata..kite beralih ke pipi pulak..it's time to say 'CHEESE' lebar-lebar untuk nampakkan korang punye apple of cheeks..dan kat atas buah pipi tu la korang layangkan blusher dan mengikut kata speaker tu..kalau haritu korang teringin nak nampak cute..layangkan blusher pada buah pipi. tapi untuk nampakkan muka yang lebar atau bulat tu sedikit tirus..layangkan blusher pada tulang pipi menyerong dari hujung atas cuping telinga hingga ke buah pipi..tapi jangan lebih dari nose line..



8. selepas itu..tibalah part bibir. mula-mula apply tinted lip conditioner pada bibir..fungsinya sama seperti lip balm..untuk melembapkan bibir. nanti cantikla siket bibir yang kering tu bila disapu lipstik..kankankan..disebabkan lip conditioner ni dah ada warne..terpulang pada korang untuk lapiskan conditioner ni dengan lipstik atau tak..



9. menurut kata speaker tu lagi..zaman sekarang ni orang dah tak ada buat shading-shading pada tepi hidung guna foundation/eyeshadow yang lebih gelap atau sapu blusher pada dahi/dagu sebagai highlighter..sekarang MAC dah ada produk MAC mineralize skinfinish yang berfungsi sebagai highlighter. hanya layangkan sedikit di atas tulang pipi, tulang kening (eyelid) dan tulang hidung.

10. selesai solekan di semua bahagian muka..semburkan sekali lagi dengan fix+ untuk membantu mengekalkan solekan dan solekan lebih nampak radiant.


Monday, June 14, 2010

MARI MEMBACA (1)



akhirnya dapat jugak aku menyambar buku ni. sangat membantu untuk menambah ilmu tentang selok-belok solekan. banyak tips, petua dan langkah demi langkah untuk menata wajah sendiri mahupun orang lain. kalau nak tahu lebih lanjut, sila dapatkan senaskah untuk tatapan dan koleksi korang eh..*mood gembira*



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 11, 2010

MARI BELAJAR

saje nak bagitau..esok bersamaan Sabtu, 12 Jun 2010, 1 Rejab 1431..aku ngan Fai (my office-mate a.k.a hantu mekap-mate) akan attend satu workshop yang di'organize' oleh MAC. Aritu mase gatal-gatal singgah kat MAC JUSCO TEBRAUCITY..tengah dok belek-belek barang yang nak dibeli..tetibe Encik Suami terpandang lak advert pasal workshop ni..memule aku takdela bersungguh pon nak pergi..tapi dengan sokongan padu si suami (pa sokong ma ni ikhlas kan??? ngeheheheh)..aku pon setuju la nak join dengan syarat ade member nak pegi sekali..pastu teringat lak cik (bermula dari 29 may 2010 sudah bertukar menjadi 'puan') faizura ni pon macam aku jugak..gile sekali ngan acara-acara camni..esoknye mase kat ofis..aku pon dok promo la kat die suruh join aku skali..dan seperti yang dijangka yer..die nak join jugak..maka dengan rasmi lah esok lepas keje (maklom kami keje alternate saturday yer..)..balik rumah untuk siap-siap..jikol kene dok ngan tokmi+tok ayah dan sepupu-sepupu sekejap sementara mama pegi 'kelas'..cian jikol kan..iskiskisk..


ACARA : MAC WORKSHOP
MASA : 3 - 5 PTG
LOKASI : THE PUTERI PACIFIC, JOHOR BAHRU
BAYARAN : ***** rahsie*****



 

nanti aku hapdet lagi eh pasal kelas ni..tapi harap gambar lawa lah sebab gune kamera i-phone je..dslr suami bawa ke mumbai..huhu..ini lagi satu cerita bakal aku hapdet..dengan tema 'sayangkan isteri..tinggal-tinggalkan'...*sedih*

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 18, 2010

SHU UEMURA PRODUCTS REVIEW (sort of...)

actually i was thinking of getting new eyebrow pencil since the only one that i have was from MAC and purposely bought it after my brows been plucked and neaten out for my bridal make-up in 2008..i hardly draw or shape my eyebrow nicely because i am never bother about it though..haha..my usual eye makeup routine will only consists of putting concealer and eye primer, having eyeshadows done, lining up my upper (and lower) eyeline and lastly a coat (normally will be 'coats') of mascara..brows???.....aarrgghh..never mind 'bout it..hehe

but since i saw this one local female celebrity picture in a magazine..with a very natural brownish/bronze make-up plus with very thick (yupp..thick and not super-thin like we used to see before) eyebrow drawn on her face..i was really...really..heart it..AUWWW....

i read a review about this type of eyebrow pencil from SHU UEMURA (see picture below) and its unique japanese sharpening style which said to help ease your brow shaping/drawing...its texture is also harder than other ordinary brow pencil and lasts better as it clings on to natural oils in the brows...


see its unique japanese cutting shape..it's called 'naginata'

being me who would easily been tempted with make-up adverts or reviews either from magazines, tv ads or internet, i decided to try on this SHU UEMURA 'hard brow pencil' and last saturday, i managed to visit its boutique at JJTC and had my eyebrows done by the SA using that 'hard brow pencil'....(yup..i did buy it too..ngehehe)..but..sadly said...i still could not done it by own self...aarrgghhh...wth...(more practices please kartini + practice makes perfect + i can do it +MALAYSIA BOLEH!!!)

besides the hard brow pencil, i also bought the new UV Under Base Mousse + Cleansing Oil (acts as make-up remover as well as cleanser..i heart it) and was very lucky to get travel size set of cleansing oil + moisturizer + toner...uuuhhhhhhh...

UV Under Base Mousse


Cleansing Oil


Moisturizer


Toner



Friday, May 14, 2010

BUSANA AIDILFITRI???

Baru jap tadi dok melayari blog2 tentang make-up...tetibe terjumpe lak satu website ni menjual busana muslimah...belek punye belek punye belek...adela pulak yang berkenan di hati..nak tau yang mane??? jap eh aku upload..


dusty pink dress combined with silver beads

ngehngehngeh...cantek kan dress ni...tapi sswai tak kat badan aku yang kemetot ni...ekekekeke...nak2 bile dapat skali ngan tudung yang dipakai dek model tu..AUWWWWWWWWWWWWWWW!!!!!!!!




ala...tudung ni simple jek...xyah beli online ni pon xper...tapi kalau saje nak gatal2 nak copy 100% model tu..aper salahnye kan...sediakan jekla ongkosnye...x gitu Encik Suami???? (eh..knapa tanye Encik Suami eh??? hmmm..sila buat2 pahamla yerk..)

p/s : tapi tema tawon ni 'MERAH'...oh terluper lak..tiap2 tawon kene ade 3 tema..maklomla xkan sepanjang raya tu ko nak pakai satu kaler jek kan...hidup x ceria lorrr...makanye 'PINK' akan termasok dalam senarai tema tawon ni..Encik Suami sila jangan tarik muka yer...


Saturday, April 10, 2010

MAKE-UP BAG - KEEPING

yezza....bukan rumah atau pejabat je taw yang nak kene 'house-keeping'...barang2 makeup yang dah bertimbun atas meja solek tu pon kene spring clean jugak...x la nanti keluar dialog 'agaknya kalau meja solek ni panjang/besar lagi...makin banyak barang makeup ko eh'..tu la kate2 mak aku bile die buat lawatan rasmi kat bilik aku mase anak dara dolu..ngehehe..

almaklum..barang2 makeup ni tak disertakan dgn 'expired date' atau 'best before' kat casing tu..tapi kite ni mestilah aware dengan tande2 barang tu dah 'expired'..contohnye bile lipstik korang dah agak cair dan berbau..maskara dah kering..kat 'blusher' tu pon nampak macam dah kering jek..baik korang buang jekla kalau dah sampai tahap camtu..kang tak pasal2 jerawat batu/konkrit sumer merayap kat muker..satu hal la pulakkk...

kat sini aku senaraikan la siket2 info yang aku tau..harap boleh membantu lah yer...





p/s : boleh jugak jadi alasan untuk beli makeup baru....kankankan??? :D