Showing posts with label GENERAL. Show all posts
Showing posts with label GENERAL. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

LATEST...

Salam 1Malaysia! Selamat Hari Malaysia! Malaysia Boleh!


Hahaha...lawak ke buat lawak di pagi hari ni?
Tak lawak...dah!
Saje nak bagitau skarang ni macam dah kurang aktif kan blog ni...padahal dari dulu pon tak aktif mane pon...ikot angin kus-kus...
Tapi skarang ni aku agak aktif kat instagram...huhuhu...
Bestla...senang jek...amek-amek gambar...edit-edit sket...post! Dah updated...kannnn
Ok...lepas ni nak tau per'kembang'an aku...cari jek kat ig ok...luv uollsss












- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, August 1, 2012

HAPPY WORLD BREASTFEEDING WEEK!






FYI, the ' World Breastfeeding Week' is celebrated every year from 1st to 7th of August. Since I am aiming to at least breastfeeding Zahra up to 6 months, I will do everything to increase my milk supplies for her...Insya-Allah. So to those expectant mothers out there, let us together keep in our heart and mind, to give only the BEST to our children...which is...MUMMY's MILK. 😊😊😊












Hey, even celebrity breasfeed her child...so why don't us???






- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, July 19, 2012

KEBURUKAN AIR KOSONG, PUTING TIRUAN DAN SUSU FORMULA - tips dari majalah PA&MA Ogos 2012

Ok...dah lama tak update belog bukan sebab takde idea tapi takde passion untuk menulis, mengarang dang mengarut. Tapi aku rasa macam nak share tips yang aku baca dari majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2012 (ahaks, harini baru 19hb julai kan? Lom masok ogos pon lagi...hehe)

Dalam artikel tu...ade 176 tips tentang penyusuan susu ibu...tapi giler ko aku nak taip banyak camtu...korang nak tau the rest...sila keluarkan rm 8.90 kat mana-mana kedai majalah eh...sila cepat sebab Pa&Ma ni cepat abes kat pasaran...okeh?!

Kali ni aku share seperti tajuk di atas k...

1. Bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif, perlu dipastikan tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan terawal.

2. Air kosong atau susu formula sama sekali tidak boleh diberikan kepada bayi kerana dalam tempoh ini sistem pencernaannya masih belum matang.

3. Amalan memberi air kosong kepada bayi boleh mendedahkannya kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan boleh mengakibatkan sawan tarik.

4. Perut bayi bersaiz kecil seperti sebiji kacang pis selepas dilahirkan. Sekiranya perut yang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan khasiat dipenuhi air kosong yang tiada zat, ini akan menyebabkan bayi kurang nutrien.

5. Ia juga menyebabkan hakisan salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan akan mendedahkan bayi kepada jangkitan.

6. Bagi bayi yang menghadapi jaundis, air yang banyak akan merencatkan akal.

7. Ia juga boleh mencairkan garam dalam darah, menyebabkan suhu badan menjadi rendah dan kembung perut bagi bayi yg berusia lima minggu ke bawah.

8. Puting tiruan pula adalah satu bentuk penipuan yang menyebabkan bayi terpedaya dan menyangka sedang menyusu.

9. Alahan sering dikaitkan dengan pemberian susu formula pada bayi dan mengakibatkan pelbagai masalah seperti cirit-birit atau ekzema.

10. Susu formula juga punca obesiti utama pada bayi dan kanak-kanak.

Aku berharap aku dapat memberikan penyusuan eksklusif untuk Zahra sehingga umurnya 6 bulan. Dan kalau ada rezeki, aku nak teruskan juga...kalau boleh sehingga mencapai umurnya 2 tahun. Memang banyak dugaannya untuk memberi susu ibu ni...paling utama sekarang aku selalu rasa STRESS bila setiap kali aku mengepam untuk menyimpan stok susu, hasilnya amatlah menyedihkan. Setiap kali sesi pumping, hanya dapat 2oz. Macam-macam cara aku dah buat - minum air kosong dengan banyak, minum air rebusan longan kering dan kurma merah, dan juga mengambil supplement untuk milk booster. Tapi hasilnya tetap sama. Don't worry be happy...aku akan teruskan juga mengepam demi untuk Zahra!Zahra!Zahra!!! YEAYYY!!!

p/s : Kalau korang ade tips-tips lain, jangan malu-malu share dengan aku yer...got to go...dadaaaaaaa~~~~





- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, October 30, 2011

PRE-GOODBYE TO 20s

Yezzaaaaa...tak sangka nih aku dah masok 29 tawon...adeh...lepas ni dah masok 30an lak kan...dah era umur kakak-kakak nih...tua gilo rasa kalau orang tanya umur brape? Hmmm...30...huh!

Bday celebration tawon ni simple-simple je sebab Encik Suami baru discharged dari hospital one day before...tapi sangat tak sangka Encik Suami sanggup gagahkan diri pergi mencari hadiah untuk isteri tu. Terima kasih banyak-banyak yer dear. Lunch pulak dibelanja oleh opismate...dan disambung dengan dinner at my parents house.







See??? pasangan secocok untuk Scorpio = Taurus. Yesss...Encik Suami memang seorang Taurus. Warna bertuah = Merah? Oh...kena banyakkan collection baju merah ni. Hari bertuah = jumaat? Kebetulan pulak harijadi aku tawon ni jatuh pada hari jumaat. And lastly hadiah buat wanita Scorpio = tas tangan? Eh macam tau-tau jek Encik Suami ni sebab memang dia bagi hadiah handbag ponnn...oooohhhhh....


Dahla end citer pasal birthday tu. korang perasan tak sekarang ni malas gilo aku update blog nih. Tak tau la kenaper...banyak je cerita tapi adeh malasnye nak menaip bagaiii...mungkin blog ni nak kene reconstruct kottt...nak cari layout baru...nak cari header baru...tapi bile nak buattt??? Thats a question only me knows the answer...huhuhu...korang tunggu je la yerk...







- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 17, 2011

TAK TAHU ~~~



Tak tahu bila nak update belog
Tak tahu bila nak edit gambar
Tak tahu apa nak type
Tak tahu bila nak rajin
Uhuks...







- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 6, 2011

SEKITAR AIDILFITRI 2011

haihaihaiii...mood raya lom habes lagi walau dah seminggu berlalu...biasela kann...pose sebulan...raya pon sebulan la...xkan penat-penat prepare untuk raya dan berhabis duit nak menyambut raya...kite sambut untuk satu hari je kan???

okeh, perjalanan raya kali ni bermula kat jb jer...sebab tahun ni giliran sambut raya kat belah family aku...seronok sebab adik-beradik semua berkumpul...ceh...macamla masing-masing dok jauh-jauh kan?haha...family kakak aku je la yang tersesat kat aloq setar sana nun...tapi 3 hari sebelum raya...diorang dah balik jb...sambung shopping kat sini...hamboiiii...dah x cukop gamaknye shopping complex kat aloq setar tu yer???alasan!!!malam raya lagi kitorang dah berkumpul kat umah mak aku...saje nak memeriahkan sambil menyerakkan lagi umah...hehehe...mak aku memang pening la sebab cemaner nak start kemas umah kalau orang ramai lagi kuar masok sumer...tapi tu sumer tradisi...dari zaman aku dulu-dulu lagi...tunggu orang dah balik umah masing-masing...barula kitorang start kemas umah ape yang patot...e.g sapu sampah/mop lantai/tukar alas meja+sarung kusyen/alas katil (eh, katil pon nak raya jugak aperrr)/dan macam-macam lagi la...kakak ipar ngan mak aku lak sibuk kat dapur dah waktu-waktu camni...sediakan bahan-bahan/rencah ape yang patot...nanti subuh barula kakak ipar aku masak...terima kasih kak sal...kalau takde kak sal...kami tak makan la lauk raya nanti....hehehe

pagi raya lepas dah balik dari sembahyang raya (bagi sape yang pegi)...sumer akan berkumpul kat umah mak aku lagi sekali untuk makan besar...hmmm...time ni masing-masing yang konon dah lawa berbaju raya bermekap bagai tros sinsing lengan baju untuk melayan nafsu makan masing-masing...menu utama keluarga aku sudah semestinya nasi beryani...yummy...ketupat/lemang tu sumer ada la jugak tapi kadang-kadang je homemade...selalunya jiran-jiran yang bagi...kata pon dok kat perkampungan melayu kan...adat bertukar-tukar juadah tu memang masih diamalkan...sambil nanti dapat gak ngumpat-ngumpat eh orang ni masak ni x sedap...kurang ni kurang tu...wakakakakka...xdela...tpu jerk...lepas nak kenyang...yang pompuan gi touch-up sebelum sesi bergambar dan drama air mata bermula. hmmm...sesi bermaaf-maafan dimulakan dengan family abang aku yang sulung dan diikuti dengan yang lain-lain sampaila giliran family aku...pada yang rasa banyak wat salah tu...adela diiringi juraian airmata...pada yang takde perasaan tu...macam salam rock je la....selamat hari raya maap zahir batin muah-muah tangan amek duit raya pastu blah...hoho...(aku la tu..oooppsss)...

keluarga saya
kumpulan nasyid lorong pendita
satu-satunya gambar lengkap berbaju melayu

malam raya kedua pulak kitorang bertolak ke melaka...mengikut perancangan...kitorang teros balik ke klang sepatotnya...tapi disebabkan family mertuaku masih beraya di melaka...maka kami decide untuk singgah kat melaka dulu...sambil nanti boleyla jikol aiyee kutip duit raya dari atok-atok sedara die kat kampung. tapi sungguh kecewa sebab esok paginya kitorang cuma sempat beraya satu buah rumah je sebab jikol aiyee sudah belayar ke alam fantasi. haha...kebetulan awal-awal raya si toet tu kurang sehat...batok selsema sebab seronok sangat minum air sejuk sumer...hmmm...jadi untuk mengelak die mengamuk kat umah orang...kitorang amek keputusan untuk batalkan hajat beraya di kampung dan kitorang pon meneruskan je la perjalanan balik ke klang...maka habesla raya kedua dan ketiga kami dalam kereta sahaje...jenggggggggggggggg

raya ke-4 dan ke-5....adala jugak beberapa buah rumah yang kitorang kunjungi...kali ni bersama keluarga di belah mertua la pulak kan...seronok juga...gi umah pak lang, busu, nenek ya (nenek yang jaga adik ipar aku time die kecik-kecik dulu)...seronok sebab aku tak pernah beraya kat umah diorang ni sejak kawen...jikol aiyee pon seronok sebab leh sambung main ngan pak sdare die (hampir sebaya dengan jikol)...seronok sebab ramai-ramai join beraya nih....abang sefamily...aku sefamily...huda ngan husband...pak/mak mertua ngan dua orang lagi adik iparku yang masih single...hehe...

bersama adik ipar yang single
adik ipar yang sudah bersuami + birasku + ibu mertuaku

biras baru saya
port kesukaan untuk bergambar

anak-anak bermata bulat bersama bapa-bapa bermata sepet...ooopppsss
jikol dan tok ki

kesimpulannya...raya kali ni lebih seronok sebab banyak rumah yang kitorang kunjungi plus cuti panjang gilo sampai malas dah nak mula kerja dan jikol pon dah pandai beraya sumer...dapat lak beraya bersama keluarga besar kat kedua-dua belah family dan macam-macam lagi...sekian...dah malas nak mengarut lagi...bye.





Monday, August 29, 2011

SALAM AIDILFITRI 2011

Untuk semua pembaca blog nih...aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersinggung dengan tulisan-tulisan di blog ini. Kepada yang akan pulang ke kampung, pastikan keselamatan tempat kediaman, kenderaan, mahupon diri sendiri dan keluarga berada dalam keadaan yg baik.

Salam Aidilfitri. Salam Merdeka.






- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, August 28, 2011

TIPS CEGAH JENAYAH DI AIDILFITRI

Diam tak diam…dah 28 hari kita berpuasa. Yeay!!! Lagi 2 hari nak raya!!! Macam mana dengan persiapan korang??? Untuk kitorang…Alhamdulillah segala pakaian / biskut / langsir raya semua dah settle. Alamak! Duit raya tak masok sampul lagi. Hmmm…takpe…ada masa lagi nih... Tapi rumah belum mula kemas lagi. Almaklum ada sedikit renovasi. Dan sampai hari ni, tak siap-siap lagi. Mak aii…habuk satu rumah. Naseb baik rumah 2 tingkat…takde la mata tersemak sangat dengan kerja-kerja renovasi kat tingkat bawah tu.

Raya tahun ni giliran beraya kat JB jer…belah family aku. Hehehe…bestnyer rasa macam dah lama tak beraya ngan diorang. Padahal baru tahun lepas je kot aku beraya dengan keluarga mertua. Tahun ni warna tema baju raya kitorang untuk hari pertama = kelabu. Bukan kelabu asap tawww…dah siap bertempah dah. Si toet pon tempah baju gak. Siap bersulam baju hero kecik tu. Complete dengan samping dan songkok. Hmm…berapa lama lah agaknye songkok tu leh bertahan kat atas kepala dia. Tahun ni jikol dah pandai jalan…mesti habes satu rumah di kemas nyer. Haihhh…alangkan bukan hari raya pon sakan mengejar dia…ni kan pulak di hari raya yang rumah dah siap berhias-hias dengan pasu bunga/alas meja cantik/susunan botol biskut raya atas meja…adoiiii…tak dapat nak bayangkan!

Hmm…untuk mereka-mereka yang akan pulang ke kampong tu…aku ada sedikit tips yang diambil dari laman web rasmi PDRM. Ye lah…mana tau ada di antara tips ni berguna untuk korang…atau mungkin korang dah tau tapi tanpa disedari…korang terlupa nak apply…apa-apa je lah. Meh sini baca!


1.       Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). 


2.   Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). 


3.    Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ). 


4.  Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. 
 
5.       Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama). 


 
6.       Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka). 


 
7.       Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah. 


 
8.       Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala). 


 
9.       Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda. 


 
10.   Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. 


 
11.   Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon. 


 
12.   Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. 


 
13.   Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin. 


 
14.   Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. 


 
15.   Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda. 


 
16.   Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri). 


 
17.   Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran. 


 
18.   Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas. 


 
19.   Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat. 


 
20.   Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua. 


 
21.   Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing. 

 
Sumber: Bukit Aman PDRM


p/s : sila isi borang balik kampung ni untuk cegah jenayah semasa korang balik kampung

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432 HIJRAH

Niat Puasa Ramadhan

                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                               

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.




salam semua...perghhh...lamer gilo tak hapdet belog ni kan? almaklum penyakit malas dah kambali. laptop ni pon dah jarang-jaranggg hidup. jangankan belog...fb pon dah tak berapa nak aktif. setakat baca updated status dari kawan-kawan jek...

ni pon saja jekla nak ucapkan selamat berpuasa kepada korang sumer...1st ramadhan kat jb ni kan cuti...lepas solat subuh tadi malas lak nak sambung tido balik. maka dapatla nak merepek kat sini. sahur tadi masakkan Encik Suami kentang+ikan bilis+bawang goreng kicap  ngan telur goreng jek. dah tu permintaan dia sebab pagi-pagi ni mana la ada selera nak makan beriye. Puan Isteri pulak cuma sahur dengan HL shake. ya bulan ramadhan ni memang betul-betul mengambil kesempatan untuk serius dengan HL sebab perut sudah membuak-buak bagai bunting 5 bulan. huh! insya-Allah harini akan berbuka puasa di Kampung Melayu...tradisi keluarga hari pertama puasa memang akan berbuka ramai-ramai. yeay! tak payah pikir dah nak buat menu apa hari ni. kuikuikui...

eh dahla...nak pegi menyelam ke laman web lain pulak...sesekali online ni...tak nakla asek ngadap belog sendiri jek...nak jugak baca update belog orang lain...till then...byeeee!!!





p/s : sila jangan buat-buat lupa harini dah puasa yer...sat lagi jangan nak gi makan breakfast lak...:D

Monday, July 11, 2011

GULA LETOP-LETOP

mode : kembali ke zaman silam~~~

hei korang...ingat lagi tak jajan fofular zaman kite dolu-dolu...kopok jagung bulat-bulat...kopok coklat panjang-panjang...gula getah hitam putih ngan gula getah gambar kucing...gula getah 3 biji warna-warni...dan satu lagi ni aku baru jumpa kat Giant - gula letop-letop...akakakakaka...best gilo kalau letak banyak-banyak dalam mulut pastu kalau ade biji yang besar-besar tu korang gigit...bunyi letupan die gempak...hahaha...










hmmm...dah ingat dah???sekarang ni susah nak jumpa jajan zaman kita kat pasaran...kalau ada pon kat kedai-kedai runcit biasa...ko takyah harap la gula getah gambar kucing tu ada jual kat jusco...jajan budak sekarang ni standard-standard...tak dapat kot nak jajan rege seposen 20sen tu lagi...maka untuk saja buat korang mengimbau dan terimbau...korang tatap je la gambar ni eh...bye.









- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, July 2, 2011

SATU PETANG DI ZOO NEGARA - PART 1



ha...gilo lah siap ade part-part lagi nih...mana tak nye...gambar bukan main banyak...ni siap dah combine-combine lagi setiap frame...pon siap dah penat nih nak ngedit. cemaner kitorang leh tergerak nak ke zoo negara nih? hmmm....panjang citernye...

sepatutnye rancangan kitorang untuk weekend 18/19 jun lepas tu adalah untuk cuti-cuti sekeluarga ke PD...dah lama sangat teringin nak dok kat chalet atas air tu...ape ntah nama die...lupe plak. tapi penuh la pulak untuk kuota SVIC reservation...SVIC tu vacation club yang kitorang join masa nak gi honeymoon 2 tawon yang lepas...tapi sekali je kot kitorang guna point dari membership kitorang tu...so konon-konon nak ngabeskan la ni dengan ajak satu family mertua sekali...tapi apa kan daya....

pastu aku divert plak plan tu ke melaka...macam seronok je dengar kawan-kawan gi merayau kat melaka tu time malam-malam...gi makan-makan kat jonker walk tu sumer...tapi bila di'forward'kan kat Encik Suami...leh lak die cakap kalau nak jenjalan kat melaka...kita tidur kampung jek la...aduhaiiiiii....potong setim btolll...

last-last...kitorang cuti-cuti kat klang jek la...tapi memang dah niat cuti-cuti kali nih bukan untuk bershopping...hehehe...baik kan???? so the best option untuk kitorang adalah ke zoo negara sebab kalau ajak jikol aiyee gi taman botanikal kat putrajaya nun...ade yang kena sepuk kepala kot sebab ape la budak kecik tu paham ngan enjoy tengok pokok-pokok tu...plus...before ni pernah bawak die tengok hidupan-hidupan laut kat Aquaria ngan Underwater World Langkawi...maka kali ni kita berkenalan ngan hidupan di hutan rimba la pulak kan...

malas nak citer banyak dah sebab korang sumer pon dah besar and dah kenal binatang...takkan nak suruh aku bercerita in details gak lagi kat sini kan? meh tengok gambar jekla...tapi diingatkan gambar-gambar ni separuh je dari koleksi yang ada sebab aku dah penat edit...nanti lenkali kalau aku rajin...aku sambung yang part 2 pulak yer...
sekian..enjoyyy




posing sementara tunggu papa gi tencin...oooppsss


lion the king


tiger in the wood


budak yang tak gheti takot


both in blues


badak yang sumbu...gerak mata & telinga je...huh


pose dalam hujan renyai


papa saya kata unta kat msia lagi gemok dari kat doha...sebab sini banyak rumput...sana padang pasir


oh...padanla saya tak penat...thehehehe...


orang utan gemok besar dah macam king kong


hyaena yang jahat dalam citer ice age tu...








p/s : gambar tuan punya belog memang tak ada sebab contact lens buat hal rase nak buang campak dalam sangkar hyaena tuh...huh! gambar seterusnya nantikan di episod akan datang






Friday, June 10, 2011

MARI JIMAT KAREN

Entri harini adalah mood ‘SUDUT INFO’…ni semua gara-gara isu yang banyak dibincangkan kebelakangan ni…aduhaii..dahla harga petrol dan harga gula naik…ni tariff elektrik pon nak naik jugakkkk…lepas ni tak tahulah lagi apa yang naik…jangan sampai tekanan darah aku naik…sudahlah.

Mulai 1hb Jun 2011, tariff elektrik baru akan berkuat-kuasa dan dikenakan kepada semua pengguna termasuk pengguna domestik@kediaman, perindustrian, perdagangan dan yang lenlain. Purata kenaikan tariff elektrik adalah sebanyak 7.12%. Ni semua disebabkan oleh kenaikan harga gas asli dan kos menampung kenaikan kos pembekalan elektrik sejak semakan semula tariff asas yang dilaksanakan pada Jun 2006.

Tapi, ada berita baik (bukan untuk aku) kepada 75% pengguna domestik (lebih kurang 4.4 juta pengguna) dengan bil maksimum RM77.00 sebab tiada kenaikan tariff yang akan berlaku. Yer la...sebab penggunaan mereka-mereka ini adalah sangat rendah; 0-300kWj jer…(dapat pulak umah aku bil bawah RM77 tu ekk…manjang bergelap la rumah kalau camtu).

Lagi satu, rebat elektrik kepada bil bulanan yang tak lebih dari RM20 akan kekal sampai hujung tahun ini (Disember 2011). Ni aku rasa orang ni mesti cuci baju guna tangan, tengok tv siaran berita jam 8, tidur pakai kipas, masak air panas guna cerek atas dapur gas, mandi pagi celup-celup je sebab takde heater ngan lampu pon hidup satu je dalam satu masa…perghhh..salute abes ngan orang yang leh pertahankan bil serendah ni…dushhhh!!!

Ni aku ada nak kongsikan tips la konon (tak tahu mujarab ke tak…silap-silap kat diri tuan belog ni pon tak dapat nak aplikasikan…huhu)…










Renung-renungkan dan selamat beramal~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 30, 2011

NYAHLAH ENGKAU PEROSAK!!!


Tajuk entri biasalah mesti nak gempak punyerrrr....korang nampak tak dalam beberapa hari yang lepas ni aku ada letak ticker diet program konon-konon aku...iskkk...berharap sangatlah kali ni bukan hanya konon-konon sebab Encik Suami dah invest banyak ni nak tunaikan permintaan aku.


Tapi yang sedihnya...makhluk perosak ni datang menggoda...eh...bukan datang sebenarnye...aku yang cari...carik pasal!!!


Lepas masakkan Encik Suami dinner yang simple-simple harini...dia ajak pulak lepak-lepak...almaklum dah lama tak lepak malam-malam sejak dah ada anak ni...Makanya kami pon bergeraklah ke Secret Recipe JJ Permas Jaya...lalu di situlah aku berjumpa makhluk-makhluk perosak ni...huh...puas aku tepis (puaslah sangat...padahal merelakan dalam hati sambil buat-buat rasa bersalah)...


Meh layan apa yang aku katakan makhluk perosak tadi...

























~~ yogurt cheesecake, black forest cheesecake, 
caffe mocha & fresh watermelon juice ~~





Haaa...amek ko...betolkan mereka ni makhluk perosak??? O'oooooo....cemaner nak kurus ni????




p/s : buat penasihat program diet saya (sila sedar diri siapa anda), maaf program minggu ini tidak berapa menjadi...uhuk...saya menyesal dalam kekenyangan dan kepuasan...WAKAKAKAKAKAKA






- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 29, 2011

continued...MACAROONS

hmmmm...kalau korang ingat lagi entri aku yang dolu2 (MACAROONSSSS)...aku pernah tayang gambar-gambar macaroon yang aku 'google' dari internet nih. macam mana aku boleh tau apa itu macaroon? apa rasanya? kalau tak silap aku...mulanya aku 'google' tentang cupcakes dan homemade chocolate...dan adalah satu blog masakan ni yang buat 'pop choc'...disebabkan kecomelan 'pop choc' itu...maka aku pon cari lagi mana tau kot-kot terjumpa lagi bentuk-bentuk 'pop choc' yang menarik....lalu dari situlah aku terjumpa akan si macaroon ni....

aku memang selalu lah baca review-review kat blog kat mana boley dapat macaroon nih...macam tengah 'in' lak nih selain dari red velvet cake (auwww...sedapnyerr...dah lama tak makan)...dan salah satu tempat yang sering dipuja-puji adalah WHISK di Empire, Subang. hohoho...dan setiap kali balik ke klang...aku memang tak berkesempatan nak menyinggah ke Empire ni...biasalah baliknya pon cuti weekends je...kalau dah ko asek nak berjalan jek...tak namanya balik kampung la...ye tak?hehe...tapi last weekend...kitorang berjaya menjejak kaki ke Empire tu disebabkan Encik Suami yang mungkin kesian tengok muka si bini ni asek terjengah-jengah je setiap kali kitorang lalu kat Federal Highway tu...hohoho...tapi disebabkan kesuntukan masa+kepenatan kaki memakai heels+keletihan bershoppinh dari Pavi ke Empire...aku hanya sempat men'tapaw' jek 5 keping macaroons dari WHISK (retail price = rm2 sekeping) dan 4 keping macaroons dari THE VANILLA (retail price = rm2.5 sekeping).


luper lak yang ni dari which shop...teeeheee

so...sebagai perbandingan...betullah orang kate macaroons dari WHISK adalah lebehhhhh sedap dari tempat lain...fillings nya taklah terlalu manis dibandingkan dengan THE VANILLA. ok...sekarang korang pon leh percaya cakap aku....go for WHISK!!! :D

tapi........................................................aku ada jumpa satu lagi tempat yang sangatttttttttttttttttttttttttlah sedap macaroons nya sampai rasa takleh berhenti nak makan...dan tempat tu adalah di cikmin.com.




betul tak tipu...sedap sangat fillings nya...tak manis...korang nampak tak ade lopong-lopong tu...hahaha...tu adalah akibat si perakus yang tak sempat nk tunggu amek gambar lalu dah NGAPPP...aku pon dah tak ingat flavour apa yang aku order tapi oklah...semua flavour yang ada tu memang sedap-sedap belaka...harganya rm45 untuk 25keping...lebih murah kan berbanding WHISK dan THE VANILLA...ha....cakap banyak pon tak guna...orderlah sendiri....aritu aku order 2 boxes...yer cik tamak memang begitu...dah aku penat nak bebel...korang jamu je lah mata ngan gambar-gambar berikut ni yer...









Friday, May 27, 2011

PESANAN PENAJA





~~~ maaf masih tidak berkesempatan untuk mengemaskini belog ini namun jangan risau kerana bahan penceritaan sudah sangatttt banyak ~~~




~~~ sorry for not having the opportunity to update this blog. however do not worry because there are many entries to be upload soon ~~~












- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 8, 2011

CORAT-CORET FAMILY DAY D&E 2011

adalah peristiwa yang ingin diceritakan ini berlaku 2 bulan yang lepas...maka dengan itu si 'short term memory loss' ini adalah tidak berapa nak ingat adegan-adegan yang berlaku di sekitar aktiviti berjalan...(betol ke ayat nih?)...oleh itu entri ini seperti kebiasaan akan hanya dipenuhi dengan gambar-gambar...penuh pon tak penuh sangatlah sebab gambar-gambar hanya tertumpu pada buah hatiku jikol aiyee....lalu FAMILY DAY D&E seperti tajuk di atas layak juga jika ditukar kepada FAMILY DAY JIKOL AIYEE...


acara : hari keluarga warga design&engineering, mmhe
tempat : la stella, star hill golf resort
tarikh : 5 march 2011































kan betol aku kata ni FAMILY DAY JIKOL AIYEE...caya tak? caya tak?





Friday, May 6, 2011

TIPS KESIHATAN

Tips Kesihatan - Penting Penting Penting

  • Jawab panggilan telefon menggunakan telinga KIRI.
  •  
  • Jangan minum kopi / caffeine lebih dari DUA KALI sehari.
  •  
  • Jangan telan pil / ubat dengan air SEJUK.
  •  
  • Elakkan mengambil makanan berat selepas jam 6 PETANG.
  •  
  • Kurangkan pengambilan makanan BERMINYAK.
  •  
  • Lebihkan minum air di waktu PAGI, dan kurangkan minum air di waktu MALAM.
  •  
  • Jarakkan diri dari CHARGER telefon.
  •  
  • Jangan menggunakan HEADPHONE / EARPHONE pada jangka masa yang lama.
  •  
  • Waktu tidur terbaik adalah antara jam 10 MALAM hingga 6 PAGI.
  •  
  • Jangan terus BARING selepas mengambil ubat sebelum tidur.
  •  
  • Apabila bateri telefon berada di bar / grid TERAKHIR, jangan jawab telefon kerana radiasi meningkat 100 kali ganda.




Wednesday, April 27, 2011

FOR THE SHOPAHOLICs

Hai semua, untuk entri kali ni aku nak share sesuatu tentang salah satu favourite movie aku, CONFESSION OF A SHOPAHOLIC. korang pernah tengok tak? Best kan? Best gilerrr nih buat orang yang suka membeli sampai dompet terbelah macam tuan punya belog. Eh....saper ntah tu....hehe






Lepas aku tengok filem ni, aku mula berminat nak baca novel-novel hasil nukilan Sophie Kinsella ni. Kalau tak silap aku, filem ni merangkumi 3 siri novel Shopaholic; The Secret Dreamworld of a Shopaholic, Shopaholic Abroad dan Shopaholic Ties the Knot. Sebenarnya siri Shopaholic ni dah masuk novel ke 6 dan terbaru iaitu siri yang ke-6 bertajuk Mini Shopaholic.

Selain dari siri Shopaholic, Sophie Kinsella turut menerbitkan beberapa buah novel lagi dalam genre yang sama, chic lit - for easy reading. Sebenarnya novel-novel ni diterbitkan 2 kali untuk pasaran berbeza; UK dan US. Tapi kat Malaysia, kedua-dua terbitan pon ada. Kalau korang ternampak ada 2 tajuk novel yang sama dengan berlainan kulit, korang jangan confius pulak sebab isi di dalam tetap sama.

Untuk korang yang boley menggelarkan diri sebagai 'shopaholic' tegar...( ya aku tau korang taknak mengaku walau dalam hati tetap mengiyakan), cubalah cari novel ni. Kalau korang malas nak membaca siri-siri ni, korang boley baca novel yang terus diadaptasi dari filem ni ; which means 3 in 1 teros. Tapi aku lebih suka baca semua...elaboration nya lagi panjang dan sangat menarik.

Terbaru, aku dah beli siri Mini Shopaholic. Walaupun sebenarnya dah agak lama keluar di pasaran, tapi saiznya agak besar. Maka sebab tu baru sekarang aku dapatkan novel ni sebab baru jek diorang keluarkan normal size untuk novel. Hehe...









Tajuk : Mini Shopaholic
Penulis : Sophie Kinsella
Harga : RM 32.90



~ mari membaca ~ happy reading ~

Wednesday, April 6, 2011

AWOK BAKOR JER~~~










p/s : untuk sesapa yang belom menonton Hantu Kak Limah tu...kene la tonton dulu kottt..baru rasa awat video ni lawok gilor...KITE BAKOR! KITE BAKOR!