Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Perjalanan penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 13 bulan.
Kini masih lagi meneruskan walau terpaksa dibantu susu fm.
Berat mata memandang, berat lagi hati yang ingin memutuskan.
Apakan daya diri tak sekuat yang lain di luar sana.

#kalaukumampusentiasaberdampingdengannyatanpaperlukanstoksusuperahan

#kalaukumampu




















- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, September 16, 2012

LATEST...

Salam 1Malaysia! Selamat Hari Malaysia! Malaysia Boleh!


Hahaha...lawak ke buat lawak di pagi hari ni?
Tak lawak...dah!
Saje nak bagitau skarang ni macam dah kurang aktif kan blog ni...padahal dari dulu pon tak aktif mane pon...ikot angin kus-kus...
Tapi skarang ni aku agak aktif kat instagram...huhuhu...
Bestla...senang jek...amek-amek gambar...edit-edit sket...post! Dah updated...kannnn
Ok...lepas ni nak tau per'kembang'an aku...cari jek kat ig ok...luv uollsss












- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, July 22, 2012

30 HARI ~ ZAHRA KHAISARA

Woot...woot...Alhamdulillah...usia Zahra dah sebulan hari ni. Ingat lagi sebulan yang lepas...pada waktu ni aku sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat kedua-ku ini. Kat bawah ni serba-sedikit kronologi detik kelahiran Zahra sebagai memori bersama...

malam 20-06-12 : contraction sudah bermula tanpa aku sedari. almaklum aku tak tahu pon tu rupenya rasa contraction sebab aku masih boleh bertahan dengan kesakitannya.

12 malam 21-06-12 hingga waktu subuh 21-06-12 : contraction makin kerap menyebabkan aku tidak boleh lelapkan mata sepanjang malam. Encik Suami masih tidak menyedari kesakitan aku sepanjang malam tu. aku kerap keluar-masuk tandas kerana terasa seperti mahu 'membuang'. selepas subuh, Encik Suami bangun tidur, baru aku beritahu kesakitan yang dah tak tertanggung tu dan kami bergegas untuk bersiap ke hospital.

07:40 pagi hingga 11.33 pagi 21-06-12 : tiba di PSH. terus dihantar ke labor room 4. jururawat beritahu bukaan sudah 5cm. contraction makin menjadi-jadi. aku diberi ubat untuk buang air besar. beberapa jam kemudian, aku dipindahkan ke labor room 2. aku diberi induce. gynae Dr. Laila tiba. doktor terpaksa melakukan episiotomi untuk membantu kelahiran sebab aku dah makin lemah. jam 11.33 pagi lahirlah puteri kami dengan berat 2.94 kg dan panjang 51 cm. masa tu hilang segala kesakitan...hinggakan aku tak ambil peduli langsung ketika doktor melakukan jahitan...huhuuu.

tengahari 21-06-12 : setelah selesai semua, aku dipindahkan ke ward 2b-2. Encik Suami, Angah dan anak saudaraku, Farah sudah tiba untuk menemani.

2 petang 21-06-12 : jururawat menyerahkan Zahra kepadaku...first session untuk breastfeed. Zahra ditinggalkan denganku untuk dijaga dan jururawat hanya akan ambil dia untuk mandi, tukar diapers atau ketika Dr. Ismail datang untuk memeriksa.

malam 21-06-12 : malamku di PSH ditemani ibu mertua yang baru tiba dari Klang.

pagi 22-06-12 : Dr. Ismail mengesahkan Zahra tidak mengalami sebarang komplikasi dan dia dibenarkan untuk pulang. tidak lama selepas tu, Dr. Laila pila datang memeriksa aku dan mengesahkan aku juga sudah boleh pulang. yeay!!! Alhamdulillah...

kos yang dikenakan ke atas aku dan bayi : RM 2552 ~ thanks to Encik Suami...hehe

mula menjalani tempoh berpantang di bawah jagaan ibu mertua hingga hari ke 18.

temujanji dengan Dr. Ismail pada hari ke 5. berat Zahra sudah meningkat ke 3.13 kg. menurut doktor, Zahra tidak mengalami jaundis. syukurrr...

mula berurut pada hari ke 6. aku berurut selama 5 hari. terus-terang cakap, servis tukang urut tu tidaklah begitu memuaskan hati. hmmm....

tunggul tali pusat Zahra tanggal pada hari ke 8. agak lewat berbanding Zikrul dulu.

21-07-12 : temujanji dengan Dr. Ismail untuk check-up bulan pertama ; berat Zahra meningkat ke 4.25 kg, panjang 53 cm.

Setakat ni je kot re-cap detik kelahiran Zahra yang masih bersisa dalam ingatan aku nih. Hehe...almaklum urat putus dah bertambah...logik tak alasan?














Oh ya...hari ni juga hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan kan? Kalau 3 tahun dulu aku memang tak dapat berpuasa Ramadhan kerana masih dalam tempoh berpantang...tahun ni nasib sedikit baik sebab tempoh pantang aku bakal tamat 2 minggu sebelum Syawal. Semoga aku dapat merasa juga berpuasa Ramadhan kali ini yer. Insya-Allah...

Till then...daaa....

Saturday, June 23, 2012

WELCOMING OUR NEW FAMILY MEMBER


~~ introducing our little princess, Zahra Khaisara binti Mohd Khairul Anuar ~~






further story will be updated soonest...daaa...











- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, January 2, 2012

AL-FATIHAH




~ 2 hari lagi...genaplah 40 hari pemergian abang-abangku mengadap Illahi. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada hari yang sama di 2 masa dan tempat yang berbeza. Pada pukul 3.30 pagi, abangku yang ke-3 'pergi' di pangkuan ayahku di Kg. Melayu. Di kala talkin sedang dibacakan semasa upacara pengebumian arwah, kami mendapat satu lagi kejutan. Abang sulungku yang ditahan di hospital sejak beberapa hari sebelum, juga turut 'pergi' menemani adiknya. Kejadian berlaku tidak lama selepas waktu Zohor. Kini tinggallah kami 3 beradik. Semoga mereka tenang di sana...setelah menderita lama di dunia ini. Semoga Allah memberi ketenangan kepada kedua ibu-bapaku...dalam menghadapi peristiwa ini. Maaf aku tak punya kekuatan untuk bercerita lebih terperinci tentang kejadian yang menimpa. Cuma mengharapkan kalian turut mendoakan kesejahteraan mereka di sama. Sekian~



Al-Fatihah untuk :-

Mohd Faris (16 Mei 1965 - 26 November 2011)
Mohd Fuad (26 Oktober 1969 - 26 November 2011)


Tuesday, September 6, 2011

SEKITAR AIDILFITRI 2011

haihaihaiii...mood raya lom habes lagi walau dah seminggu berlalu...biasela kann...pose sebulan...raya pon sebulan la...xkan penat-penat prepare untuk raya dan berhabis duit nak menyambut raya...kite sambut untuk satu hari je kan???

okeh, perjalanan raya kali ni bermula kat jb jer...sebab tahun ni giliran sambut raya kat belah family aku...seronok sebab adik-beradik semua berkumpul...ceh...macamla masing-masing dok jauh-jauh kan?haha...family kakak aku je la yang tersesat kat aloq setar sana nun...tapi 3 hari sebelum raya...diorang dah balik jb...sambung shopping kat sini...hamboiiii...dah x cukop gamaknye shopping complex kat aloq setar tu yer???alasan!!!malam raya lagi kitorang dah berkumpul kat umah mak aku...saje nak memeriahkan sambil menyerakkan lagi umah...hehehe...mak aku memang pening la sebab cemaner nak start kemas umah kalau orang ramai lagi kuar masok sumer...tapi tu sumer tradisi...dari zaman aku dulu-dulu lagi...tunggu orang dah balik umah masing-masing...barula kitorang start kemas umah ape yang patot...e.g sapu sampah/mop lantai/tukar alas meja+sarung kusyen/alas katil (eh, katil pon nak raya jugak aperrr)/dan macam-macam lagi la...kakak ipar ngan mak aku lak sibuk kat dapur dah waktu-waktu camni...sediakan bahan-bahan/rencah ape yang patot...nanti subuh barula kakak ipar aku masak...terima kasih kak sal...kalau takde kak sal...kami tak makan la lauk raya nanti....hehehe

pagi raya lepas dah balik dari sembahyang raya (bagi sape yang pegi)...sumer akan berkumpul kat umah mak aku lagi sekali untuk makan besar...hmmm...time ni masing-masing yang konon dah lawa berbaju raya bermekap bagai tros sinsing lengan baju untuk melayan nafsu makan masing-masing...menu utama keluarga aku sudah semestinya nasi beryani...yummy...ketupat/lemang tu sumer ada la jugak tapi kadang-kadang je homemade...selalunya jiran-jiran yang bagi...kata pon dok kat perkampungan melayu kan...adat bertukar-tukar juadah tu memang masih diamalkan...sambil nanti dapat gak ngumpat-ngumpat eh orang ni masak ni x sedap...kurang ni kurang tu...wakakakakka...xdela...tpu jerk...lepas nak kenyang...yang pompuan gi touch-up sebelum sesi bergambar dan drama air mata bermula. hmmm...sesi bermaaf-maafan dimulakan dengan family abang aku yang sulung dan diikuti dengan yang lain-lain sampaila giliran family aku...pada yang rasa banyak wat salah tu...adela diiringi juraian airmata...pada yang takde perasaan tu...macam salam rock je la....selamat hari raya maap zahir batin muah-muah tangan amek duit raya pastu blah...hoho...(aku la tu..oooppsss)...

keluarga saya
kumpulan nasyid lorong pendita
satu-satunya gambar lengkap berbaju melayu

malam raya kedua pulak kitorang bertolak ke melaka...mengikut perancangan...kitorang teros balik ke klang sepatotnya...tapi disebabkan family mertuaku masih beraya di melaka...maka kami decide untuk singgah kat melaka dulu...sambil nanti boleyla jikol aiyee kutip duit raya dari atok-atok sedara die kat kampung. tapi sungguh kecewa sebab esok paginya kitorang cuma sempat beraya satu buah rumah je sebab jikol aiyee sudah belayar ke alam fantasi. haha...kebetulan awal-awal raya si toet tu kurang sehat...batok selsema sebab seronok sangat minum air sejuk sumer...hmmm...jadi untuk mengelak die mengamuk kat umah orang...kitorang amek keputusan untuk batalkan hajat beraya di kampung dan kitorang pon meneruskan je la perjalanan balik ke klang...maka habesla raya kedua dan ketiga kami dalam kereta sahaje...jenggggggggggggggg

raya ke-4 dan ke-5....adala jugak beberapa buah rumah yang kitorang kunjungi...kali ni bersama keluarga di belah mertua la pulak kan...seronok juga...gi umah pak lang, busu, nenek ya (nenek yang jaga adik ipar aku time die kecik-kecik dulu)...seronok sebab aku tak pernah beraya kat umah diorang ni sejak kawen...jikol aiyee pon seronok sebab leh sambung main ngan pak sdare die (hampir sebaya dengan jikol)...seronok sebab ramai-ramai join beraya nih....abang sefamily...aku sefamily...huda ngan husband...pak/mak mertua ngan dua orang lagi adik iparku yang masih single...hehe...

bersama adik ipar yang single
adik ipar yang sudah bersuami + birasku + ibu mertuaku

biras baru saya
port kesukaan untuk bergambar

anak-anak bermata bulat bersama bapa-bapa bermata sepet...ooopppsss
jikol dan tok ki

kesimpulannya...raya kali ni lebih seronok sebab banyak rumah yang kitorang kunjungi plus cuti panjang gilo sampai malas dah nak mula kerja dan jikol pon dah pandai beraya sumer...dapat lak beraya bersama keluarga besar kat kedua-dua belah family dan macam-macam lagi...sekian...dah malas nak mengarut lagi...bye.





Saturday, July 2, 2011

SATU PETANG DI ZOO NEGARA - PART 1



ha...gilo lah siap ade part-part lagi nih...mana tak nye...gambar bukan main banyak...ni siap dah combine-combine lagi setiap frame...pon siap dah penat nih nak ngedit. cemaner kitorang leh tergerak nak ke zoo negara nih? hmmm....panjang citernye...

sepatutnye rancangan kitorang untuk weekend 18/19 jun lepas tu adalah untuk cuti-cuti sekeluarga ke PD...dah lama sangat teringin nak dok kat chalet atas air tu...ape ntah nama die...lupe plak. tapi penuh la pulak untuk kuota SVIC reservation...SVIC tu vacation club yang kitorang join masa nak gi honeymoon 2 tawon yang lepas...tapi sekali je kot kitorang guna point dari membership kitorang tu...so konon-konon nak ngabeskan la ni dengan ajak satu family mertua sekali...tapi apa kan daya....

pastu aku divert plak plan tu ke melaka...macam seronok je dengar kawan-kawan gi merayau kat melaka tu time malam-malam...gi makan-makan kat jonker walk tu sumer...tapi bila di'forward'kan kat Encik Suami...leh lak die cakap kalau nak jenjalan kat melaka...kita tidur kampung jek la...aduhaiiiiii....potong setim btolll...

last-last...kitorang cuti-cuti kat klang jek la...tapi memang dah niat cuti-cuti kali nih bukan untuk bershopping...hehehe...baik kan???? so the best option untuk kitorang adalah ke zoo negara sebab kalau ajak jikol aiyee gi taman botanikal kat putrajaya nun...ade yang kena sepuk kepala kot sebab ape la budak kecik tu paham ngan enjoy tengok pokok-pokok tu...plus...before ni pernah bawak die tengok hidupan-hidupan laut kat Aquaria ngan Underwater World Langkawi...maka kali ni kita berkenalan ngan hidupan di hutan rimba la pulak kan...

malas nak citer banyak dah sebab korang sumer pon dah besar and dah kenal binatang...takkan nak suruh aku bercerita in details gak lagi kat sini kan? meh tengok gambar jekla...tapi diingatkan gambar-gambar ni separuh je dari koleksi yang ada sebab aku dah penat edit...nanti lenkali kalau aku rajin...aku sambung yang part 2 pulak yer...
sekian..enjoyyy




posing sementara tunggu papa gi tencin...oooppsss


lion the king


tiger in the wood


budak yang tak gheti takot


both in blues


badak yang sumbu...gerak mata & telinga je...huh


pose dalam hujan renyai


papa saya kata unta kat msia lagi gemok dari kat doha...sebab sini banyak rumput...sana padang pasir


oh...padanla saya tak penat...thehehehe...


orang utan gemok besar dah macam king kong


hyaena yang jahat dalam citer ice age tu...








p/s : gambar tuan punya belog memang tak ada sebab contact lens buat hal rase nak buang campak dalam sangkar hyaena tuh...huh! gambar seterusnya nantikan di episod akan datang






Saturday, June 11, 2011

TEASER - HUDA'S WEDDING

~ will come up with full story and more photos later ( sila menunggu hingga mood mengarang tiba ) ~



at the nearest mosque - for solemnization session





after 'SAH'



random candids

    

































Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

~ entri ini ditujukan khas buat insan-insan yang bergelar emak / mummy / mama buat diri ku...



buat mak

terima kasih kerana berkongsi nyawa sembilan bulan di dalam rahim mu...walau tidak dapat membesar bersama mu...aku tetap bersyukur kerana mu aku lahir ke dunia ini...


 buat mummy / mi

terima kasih kerana mengasuh, mendidik, mengajar, membimbing diri ini sehingga menjadi yang seperti nya sekarang...terima kasih kerana antara kami tiada bezanya...terima kasih...terima kasih...terima kasih...




 buat mama

terima kasih kerana melahirkan suami yang baik untuk menantu mu ini...terima kasih kerana mendidik nya sebegitu sempurna sehingga diri berasa begitu bertuah menjadi miliknya...terima kasih jua kerana menerima menantu mu ini seadanya...









Monday, May 2, 2011

29 TAHUN DAHULU...



29 tahun dahulu...saya belum kenali dia
29 tahun dahulu...Puan Halimah Hitam melahirkan dia
29 tahun dahulu...Encik Isnin menamakan dia...Mohd Khairul Anuar
-
-
-
7 Oktober 2005...saya berkenalan dengan dia



22 Disember 2007...saya menjadi tunangan dia



22 November 2008...saya sah menjadi milik dia



5 Ogos 2009...dia lah bapa kepada anak saya


-
-
-

dia...
suami saya...
-
-
dia...
teman hidup saya...



hari ini...2 Mei 2011...cukup umur dia 29 tahun...

namun

hari ini...dia masih di perantauan

hanya ucapan sebagai kiriman


selamat menyambut hari ulang tahun mu, sayang...








My love for you grows and grows with each passing year





Saturday, February 19, 2011

CUTI-CUTI CNY DAY 2

sambungan program percutian...hari kedua raya cina...kitorang se'family' gerak ke Port Dickson...last minute dapat gak resort...huhuhu...pagi-pagi dalam kol 8 kot...kitorang gerak dari klang...jikol pon terpisat-pisat lagi dengan baju tidur teros kene angkut...haha...siap dah nak sampai tu die leh pulak muntah...seb baik tak extreme...

sampai-sampai port dickson dah kol 10...teros gi breakfast...pastu gerak ke resort...ape ntah name die...maklumla...resort ala-ala kadar jek...malas nak amek pot. tapi by the time kitorang sampai...lom boley check-in lagi...so kitorang lepak kat tepi pantai jekla...piknik...makan nasi ayam bekalan dari umah...yummyyyy...syok gile dah lama tak mandi laut..last pon masa pegi honeymoon kat Bali tu kot...

kitorang stay 1 malam jek...lagipon orang dah makin ramai...pantai dah makin sesak...so the best is gerak je la balik...kalau lama-lama pon kat situ...nanti boring...janji dah dapat lepas gian mandi laut...sudehhhh...

di mana saya???
eh mak ko...takyah suke sangat la...
operasi menimbus
takpe takyah susah-susah...saya boley timbuskan diri sendiri
sebokla mama ni...ikol nak drive ni...
pecah sudah...
kiri kanan kiri...kiri kanan kiri...
tertido kepenatan
ni cik ain ngan cik ya kite...

first time cecah air laut...steady...perot cover ye encikkk