Ok...dah lama tak update belog bukan sebab takde idea tapi takde passion untuk menulis, mengarang dang mengarut. Tapi aku rasa macam nak share tips yang aku baca dari majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2012 (ahaks, harini baru 19hb julai kan? Lom masok ogos pon lagi...hehe)
Dalam artikel tu...ade 176 tips tentang penyusuan susu ibu...tapi giler ko aku nak taip banyak camtu...korang nak tau the rest...sila keluarkan rm 8.90 kat mana-mana kedai majalah eh...sila cepat sebab Pa&Ma ni cepat abes kat pasaran...okeh?!
Kali ni aku share seperti tajuk di atas k...
1. Bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif, perlu dipastikan tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan terawal.
2. Air kosong atau susu formula sama sekali tidak boleh diberikan kepada bayi kerana dalam tempoh ini sistem pencernaannya masih belum matang.
3. Amalan memberi air kosong kepada bayi boleh mendedahkannya kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan boleh mengakibatkan sawan tarik.
4. Perut bayi bersaiz kecil seperti sebiji kacang pis selepas dilahirkan. Sekiranya perut yang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan khasiat dipenuhi air kosong yang tiada zat, ini akan menyebabkan bayi kurang nutrien.
5. Ia juga menyebabkan hakisan salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan akan mendedahkan bayi kepada jangkitan.
6. Bagi bayi yang menghadapi jaundis, air yang banyak akan merencatkan akal.
7. Ia juga boleh mencairkan garam dalam darah, menyebabkan suhu badan menjadi rendah dan kembung perut bagi bayi yg berusia lima minggu ke bawah.
8. Puting tiruan pula adalah satu bentuk penipuan yang menyebabkan bayi terpedaya dan menyangka sedang menyusu.
9. Alahan sering dikaitkan dengan pemberian susu formula pada bayi dan mengakibatkan pelbagai masalah seperti cirit-birit atau ekzema.
10. Susu formula juga punca obesiti utama pada bayi dan kanak-kanak.
Aku berharap aku dapat memberikan penyusuan eksklusif untuk Zahra sehingga umurnya 6 bulan. Dan kalau ada rezeki, aku nak teruskan juga...kalau boleh sehingga mencapai umurnya 2 tahun. Memang banyak dugaannya untuk memberi susu ibu ni...paling utama sekarang aku selalu rasa STRESS bila setiap kali aku mengepam untuk menyimpan stok susu, hasilnya amatlah menyedihkan. Setiap kali sesi pumping, hanya dapat 2oz. Macam-macam cara aku dah buat - minum air kosong dengan banyak, minum air rebusan longan kering dan kurma merah, dan juga mengambil supplement untuk milk booster. Tapi hasilnya tetap sama. Don't worry be happy...aku akan teruskan juga mengepam demi untuk Zahra!Zahra!Zahra!!! YEAYYY!!!
p/s : Kalau korang ade tips-tips lain, jangan malu-malu share dengan aku yer...got to go...dadaaaaaaa~~~~
- Posted using BlogPress from my iPad