Showing posts with label LOVEABLE ZAHRA. Show all posts
Showing posts with label LOVEABLE ZAHRA. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Perjalanan penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 13 bulan.
Kini masih lagi meneruskan walau terpaksa dibantu susu fm.
Berat mata memandang, berat lagi hati yang ingin memutuskan.
Apakan daya diri tak sekuat yang lain di luar sana.

#kalaukumampusentiasaberdampingdengannyatanpaperlukanstoksusuperahan

#kalaukumampu




















- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 11, 2013

ZAHRA @ 6 MONTHS

Seperti biasa...appointment ngan Dr. Ismail Haron for her last dose of DaPT/polio/Hib, Hep B, Pneumococcus and rotavirus. Lepas ni rehat lama siket...setahun nanti baru ada injection lagi.

Update on her height/weight growth :

Weight : 7.7 kg (naik tak sampai 1kg pon but still ok...)
Height : 67 cm










Nah amek gambar terbaru si apam nih.




















Mom's weight????? Sedey nk citer...50.3kg cmtu kottt...tp masih la nmpk berdebab sbb masih bf kannn (bf mommies mesti paham knape...ahaks).





- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, January 5, 2013

MAKANAN PERTAMA UNTUK BAYI

Since Zahra dah masok 6 bulan, aku dah mula perkenalkn solid food pada dia. First solid food yang aku beri adalah puri epal. Memang at first stage ni...baby akan menolak / makan sedikit sahaja. Tapi dah nama pun untuk introduction...untuk bulan pertama ni....2 atau 3 sudu sudah mencukupi untuk perut si kecil ni...jangan risau...

So, kali ni aku nak share cara buat puri (puree) yang aku download dari majalah PaMa edisi elektronik ( pengguna Ipad boleh download sendiri dengan menggunakan application Jari ).


































Senang je kan? Buat masa ni, aku dah pernah bagi puri epal, pir, lobak merah, sweet potato (keledek) dan juga puri kurma. Korang macam mana? Ada resepi yang boleh dikongsi tak? Tapi.....make sure baby korang at least 6 months untuk perkenal solid food pada mereka yer! Ni ada sedikit cadangan/peringatan untuk korang....













- credit to Majalah PaMa

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, December 26, 2012

HER FIRST SOLID FOOD

malas nak tulis banyak-banyak sebab ni amek kesempatan kat opis...ooopppssss

fyi, little (little ke??!) zahra dah masok 6 bulan...so kami of course sangat excited nak bagi die makan. lagi pulak si apam tu asek dok kecir jek kalau tengok kitorang makan.

so kitorang pon decide nak bagi zahra date puree (puri kurma) sebagai makanan pertamanya. mudah je cara nak buat puri ni...cuma rebus (steam pon boleh) beberapa biji kurma ditambah sedikit air...sampai lembut. pastu blend lagi untuk dapatkan tekstur yang sangattt halus. untuk makanan pertama, takleh bagi pekat eh...so untuk cairkan sket puri tu...tambah sket dengan susu ibu...dah siap...jom makan!








- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 4, 2012

ZAHRA @ 4 MONTHS YOUNG


- juz to update her current weight & length...visited Dr. Ismail yesterday for her 2nd dose jab on pneumococcal + rotavirus + Dapt/polio/Hib.

Weight : 6.9 kg
Length : 63 cm
Mum's weight : 51.8 kg (slow progress...aiiiyoooo)























- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 10, 2012

3 MONTHS - ZAHRA KHAISARA

Nothing much to say...just a lil bit sharing on Zahra's developments at her 3 months old.

  1. Length and weight yet to be advised since we will only be visiting our paed this 21st or maybe later for Zahra's next vaccination
  2. Zahra went to 'khatan' at Klinik Yuslina, Seri Alam on 26th Sept...not crying at all...it was me who being more nervous than her...hahaha...
  3. Zahra able to lie on her tummy (meniarap) on her own...wow adik...impressive...
  4. Her 'ibu' thought her to hold her own milk bottle...yeah...she could not grip well but still she got the skill to hold something...


Now let's 'menjamu mata' with her pics...



































and lastly,














- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, September 16, 2012

LATEST...

Salam 1Malaysia! Selamat Hari Malaysia! Malaysia Boleh!


Hahaha...lawak ke buat lawak di pagi hari ni?
Tak lawak...dah!
Saje nak bagitau skarang ni macam dah kurang aktif kan blog ni...padahal dari dulu pon tak aktif mane pon...ikot angin kus-kus...
Tapi skarang ni aku agak aktif kat instagram...huhuhu...
Bestla...senang jek...amek-amek gambar...edit-edit sket...post! Dah updated...kannnn
Ok...lepas ni nak tau per'kembang'an aku...cari jek kat ig ok...luv uollsss












- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, August 27, 2012

ZAHRA @ 2mths YOUNG

Last saturday, we went to see Dr. Ismail for Zahra's 2nd month vaccination. But actually we are more excited to know her current weight n length development...hehe...Alhamdulillah...she grows well despite of me being so worried on my breastmilk supply...






Weight : 5.8 kg
Length : 59 cm
Mum's current weight : 52.9 kg

Weehooo...i still have to get rid of 2.9 kg to my pre-2nd pregnancy weight...can meh???!!!





- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 1, 2012

Sunday, July 22, 2012

30 HARI ~ ZAHRA KHAISARA

Woot...woot...Alhamdulillah...usia Zahra dah sebulan hari ni. Ingat lagi sebulan yang lepas...pada waktu ni aku sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat kedua-ku ini. Kat bawah ni serba-sedikit kronologi detik kelahiran Zahra sebagai memori bersama...

malam 20-06-12 : contraction sudah bermula tanpa aku sedari. almaklum aku tak tahu pon tu rupenya rasa contraction sebab aku masih boleh bertahan dengan kesakitannya.

12 malam 21-06-12 hingga waktu subuh 21-06-12 : contraction makin kerap menyebabkan aku tidak boleh lelapkan mata sepanjang malam. Encik Suami masih tidak menyedari kesakitan aku sepanjang malam tu. aku kerap keluar-masuk tandas kerana terasa seperti mahu 'membuang'. selepas subuh, Encik Suami bangun tidur, baru aku beritahu kesakitan yang dah tak tertanggung tu dan kami bergegas untuk bersiap ke hospital.

07:40 pagi hingga 11.33 pagi 21-06-12 : tiba di PSH. terus dihantar ke labor room 4. jururawat beritahu bukaan sudah 5cm. contraction makin menjadi-jadi. aku diberi ubat untuk buang air besar. beberapa jam kemudian, aku dipindahkan ke labor room 2. aku diberi induce. gynae Dr. Laila tiba. doktor terpaksa melakukan episiotomi untuk membantu kelahiran sebab aku dah makin lemah. jam 11.33 pagi lahirlah puteri kami dengan berat 2.94 kg dan panjang 51 cm. masa tu hilang segala kesakitan...hinggakan aku tak ambil peduli langsung ketika doktor melakukan jahitan...huhuuu.

tengahari 21-06-12 : setelah selesai semua, aku dipindahkan ke ward 2b-2. Encik Suami, Angah dan anak saudaraku, Farah sudah tiba untuk menemani.

2 petang 21-06-12 : jururawat menyerahkan Zahra kepadaku...first session untuk breastfeed. Zahra ditinggalkan denganku untuk dijaga dan jururawat hanya akan ambil dia untuk mandi, tukar diapers atau ketika Dr. Ismail datang untuk memeriksa.

malam 21-06-12 : malamku di PSH ditemani ibu mertua yang baru tiba dari Klang.

pagi 22-06-12 : Dr. Ismail mengesahkan Zahra tidak mengalami sebarang komplikasi dan dia dibenarkan untuk pulang. tidak lama selepas tu, Dr. Laila pila datang memeriksa aku dan mengesahkan aku juga sudah boleh pulang. yeay!!! Alhamdulillah...

kos yang dikenakan ke atas aku dan bayi : RM 2552 ~ thanks to Encik Suami...hehe

mula menjalani tempoh berpantang di bawah jagaan ibu mertua hingga hari ke 18.

temujanji dengan Dr. Ismail pada hari ke 5. berat Zahra sudah meningkat ke 3.13 kg. menurut doktor, Zahra tidak mengalami jaundis. syukurrr...

mula berurut pada hari ke 6. aku berurut selama 5 hari. terus-terang cakap, servis tukang urut tu tidaklah begitu memuaskan hati. hmmm....

tunggul tali pusat Zahra tanggal pada hari ke 8. agak lewat berbanding Zikrul dulu.

21-07-12 : temujanji dengan Dr. Ismail untuk check-up bulan pertama ; berat Zahra meningkat ke 4.25 kg, panjang 53 cm.

Setakat ni je kot re-cap detik kelahiran Zahra yang masih bersisa dalam ingatan aku nih. Hehe...almaklum urat putus dah bertambah...logik tak alasan?














Oh ya...hari ni juga hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan kan? Kalau 3 tahun dulu aku memang tak dapat berpuasa Ramadhan kerana masih dalam tempoh berpantang...tahun ni nasib sedikit baik sebab tempoh pantang aku bakal tamat 2 minggu sebelum Syawal. Semoga aku dapat merasa juga berpuasa Ramadhan kali ini yer. Insya-Allah...

Till then...daaa....

Wednesday, July 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

how i wished we found this earlier...isn't it cool to see both of my kids in this stroller...









p/s : STOP DREAMING!!! u already got 2 strollers...don't ever think about getting a new one...kuangkuangkuang~~~







- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, June 23, 2012

WELCOMING OUR NEW FAMILY MEMBER


~~ introducing our little princess, Zahra Khaisara binti Mohd Khairul Anuar ~~






further story will be updated soonest...daaa...











- Posted using BlogPress from my iPhone