seperti yang dijanjikan..harini aku nak hapdet tentang bengkel solekan MAC yang aku dan faizura sertai. tapi sebelum tu..meh aku story siket cerita sedih+gelabah+lemau+seangkatan dengannye..lepas kerja kol 12.30 tadi..aku singgah kat rumah The Garden..saje nak siap-siap kat situ sebelum gerak ke Puteri Pacific..pas makan maggi tomyam (nak singgah drive-thru mc-d tapi semalam baru je makan)..aku pon konon-konon baring-baring la sekejap sementara nak menunggu kain baju siap dibasuh si tukang mesin basuh tu..baring punye baring...sampaila terlelap sudah...dan akhirnye tersedar pukol 2.40 petang..sebut lagi sekali...2.40 ok...dan kelas aku mula pukol berape?????saper yang ingat? haaa...betol..pukol 3 petang!!!punyela gelabah kambeng aku mase tu..aper lagi..jadi kartini schumacher la aku lepas tu..dan dugaan memang banyak untuk aku sebab (1) highway pasir gudang jammed dan aku berpatah balik untuk ikot alternative road (2) kereta-kereta di hadapan aku sumer pakat pandu halaju bersiar-siar di tepi pantai (3) berpusing-pusing cari parking dan cari jalan nak ke lobby..haha..dan dengan rasminya aku masok ke dalam Delima Ballroom tu pade pukol 3.40 petang..kwangkwangkwang...
aku pon tak tahulah aper yang diorang dah terangkan 40 minit sebelum tu sebab mase aku sampai..masing-masing baru hendak mula buat solekan kat wajah sendiri...dan puan faizura dipilih untuk jadi model pada sesi tu...(ko dipilih ke..ko memilihkan diri eh faizura???hehe). maka sekarang aku akan terangkan langkah-langkah dan tips-tips yang diajar sepanjang sesi itu yer...
1. pastikan wajah bersih dari solekan..jika ada..gunekan make-up remover yang sesuai untuk muka+bibir+mata (gentle off eye and lip makeup remover).
2. semburkan fix+ sebelum dan selepas solekan untuk solekan yang lebih tahan lama dan radiance, kemudian aplikasi moisturizer (strobe cream) dan eye cream (fast response eye cream).
3. sebelum sapu foundation, aplikasi base@primer (skin base visage) untuk kulit yang lebih licin dan kurang berminyak, diikuti dengan foundation (mineralize skinfinish spf15 foundation) dan concealer (studio finish spf35 concealer). *tips* untuk lebih mudah aplikasikan concealer, boleh dicampur sedikit dengan eye cream dengan menggunakan berus 219. kesannya concealer yang lebih rata dan kurang bercapuk.
4. dan langkah terakhir untuk persediaan wajah (skin preparation), tepuk-tepukkan sedikit loose powder (sheer/loose powder) dengan berus 129 dan kemudian ratakan. kesannya muka nampak lebih 'matte', dan wajah nampak natural.
5. mulakan dengan solekan mata (a) lukiskan kening dengan eyebrow liner *tips* untuk pastikan penghujung kening, selarikan pensil atau berus dari hujung bibir+tepi hidung+hujung mata, di mana pensil/berus bertemu dengan kening..di situlah penghujung kening anda sepatutnya. untuk pastikan puncak kening, pandang ke hadapan dan puncak kening sepatutnye berada selari dengan tengah anak mata. (b) sebelum mulekan dengan eyeshadow, aplikasikan dulu prep+prime eye untuk warna eyeshadow yang lebih menyerlah+cantik+tahan lama. (3) eyeshadow seperti biase gunekan 2@3 ton warna; gelap, cerah dan highlighter...untuk mata bundar, warna tak perlu terlalu tinggi, cukup takat bola mata. untuk mata kecil@sepet, lebihkan sedikit warna tapi jangan sampai ke tulang kening. gunekan berus 239 dan kemudian blend. *tips* untuk highlighter, boleh gunakan eyeshadow warna putih/beige/natural ataupun gunakan sahaja mineralize skinfinish pada kelopak mata (bawah kening) dan sedikit di hujung dalam (inner corner) mata.
6. selesai menepek eyeshadow, gariskan atas dan bawah kelopak mata. peringatan - garis untuk bawah mata tidak boleh sama sekali guna liquid eyeliner (penultimate eyeliner)..mesti guna pencil. *tips* nak tahu kenapa garis bawah mata selalu smudge dan hilang..sebab kita hanya ada waterproof liner tapi penyebab utama smudge adalah body oil kita..lalu untuk kekalkan garis bawah mata tahan lebih lama, selepas garis menggunakan pencil, 'dab'kan eyeshadow di atas garisan tersebut. eyeshadow bertindak untuk 'seal'kan garis mata dari pencil. kemudian, 'curl'kan bulu mata anda dengan eyelash curler sebelum dilayang mascara. mascara mesti dilayang secara zig-zag dari bawah bulu mata untuk mengurangkan mascara jadi 'clumpy'.
7. lepas siap part mata..kite beralih ke pipi pulak..it's time to say 'CHEESE' lebar-lebar untuk nampakkan korang punye apple of cheeks..dan kat atas buah pipi tu la korang layangkan blusher dan mengikut kata speaker tu..kalau haritu korang teringin nak nampak cute..layangkan blusher pada buah pipi. tapi untuk nampakkan muka yang lebar atau bulat tu sedikit tirus..layangkan blusher pada tulang pipi menyerong dari hujung atas cuping telinga hingga ke buah pipi..tapi jangan lebih dari nose line..
8. selepas itu..tibalah part bibir. mula-mula apply tinted lip conditioner pada bibir..fungsinya sama seperti lip balm..untuk melembapkan bibir. nanti cantikla siket bibir yang kering tu bila disapu lipstik..kankankan..disebabkan lip conditioner ni dah ada warne..terpulang pada korang untuk lapiskan conditioner ni dengan lipstik atau tak..
9. menurut kata speaker tu lagi..zaman sekarang ni orang dah tak ada buat shading-shading pada tepi hidung guna foundation/eyeshadow yang lebih gelap atau sapu blusher pada dahi/dagu sebagai highlighter..sekarang MAC dah ada produk MAC mineralize skinfinish yang berfungsi sebagai highlighter. hanya layangkan sedikit di atas tulang pipi, tulang kening (eyelid) dan tulang hidung.
10. selesai solekan di semua bahagian muka..semburkan sekali lagi dengan fix+ untuk membantu mengekalkan solekan dan solekan lebih nampak radiant.
No comments:
Post a Comment