Saturday, July 17, 2010

TIP SIHAT 1

harini aku nak kongsi sedikit tentang beberapa tips sihat yang aku baca dari buku '365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH' hasil tulisan DR. MOHAMMAD ALI TOHA. apa yang nak aku kongsikan ini dari bab kedua 'Pemakanan Pintar (Smart Eating)'..aku pon baru jugak baca buku ni..maka marilah kita sama-sama mencuba tips-tips ini dan moga-moga ianya bermanfaat kepada kita semua.

(1) Menjadi idaman bagi setiap muslim beroleh nikmat panjang umur dan kesihatan dalam ketaatan kepada Allah. Apabila itu yang saudara inginkan, amalkanlah petua dari Balkan ini. Setiap hari, minum segelas yogurt yang dicampurkan dengan jus strawberi. Yogurt ialah susu masam bebas lemak, berprotein tinggi dan mempunyai kandungan bakteria probiotik serta dos kalsium yang tinggi. Strawberi pula mengandungi kadar antioksida yang tinggi malah lebih tinggi daripada anggur. Dengan meminum campuran yogurt dan jus strawberi sebelum bersarapan setiap hari, badan menjadi sihat dan umur yang panjang dapat dicapai. Insya-Allah...


(2) Bagi menjadi kurus, ramai orang yang tidak makan malam walaupun terdapat banyak keberkatan pada makan malam. Nabi melarang kita meninggalkan makan malam, Ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah menyarankan "Makan malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma".


(3) Dalam tradisi perubatan, ada disebutkan wanita hamil perlu makan lebih banyak demi pertumbuhan janin dan ketahanan tubuhnya. Namun begitu, disebabkan selera makan mereka sering menurun, maka menu ekstra diperlukan bagi mencukupkan keperluan protein dan kalorinya. Salah satunya adalah makan pada jam 10 pagi jus yang dihasilkan daripada campuran 100gram betik, 100ml susu kosong dan satu sudu madu. Selain wanita yang hamil ataupun menyusukan anak, jus itu juga bermanfaat bagi pertumbuhan janin, bayi dan kanak-kanak.


(4) Kajian menunjukkan tomato menurunkan risiko penyakit jantung koronari dan pembuluh darah serta menurunkan risiko barah payudara. Jadi, wanita disarankan meminum jus tomato yang tinggi kandungan seratnya. Dua biji tomato bersaiz sederhana sudah mencukupi. Kisar ataupun perahlah dua biji tomato itu dan tambahkan dua camca madu asli. Insya Allah, daya tahan badan meningkat dan risiko mendapat penyakit akibat radikal bebas dapat dicegah. Seratnya pula membantu melancarkan pembuangan air besar.


(5) Cincau adalah minuman kegemaran yang biasa dihidangkan semasa bulan puasa. Cincau mempunyai sifat sejuk dan basah yang baik diminum bagi mengurangkan kepanasan. Ia juga membantu mengubati barah dan demam kepialu. Ahli herba menggalakkan mereka yang mengalami gangguan pencernaan supaya meminum cincau.



p/s : aku kongsi 5 tip ni je la eh..kalau korang nak tau lebih lanjut..belilah buku ni sendiri..bukan mahal pon..

3 comments:

  1. tini, nape payah sgt nk komen kt page kau ni .. ntah kali ke berapa try ni.

    ReplyDelete
  2. finally dah dpt komen. yeahhh.

    good tips to share.
    more entry, sbb aku tak saba nak komen hehe.

    ReplyDelete
  3. uik...kdg2 malas nk type...share gmbar je rajin..ekekekek

    ReplyDelete