Tuesday, January 19, 2010

apa resolusi anda untuk 2010?



* maaf jika entry ini agak membosankan kerana semalam aku sudah menghabiskan masa untuk mengarang malah menyiapkan entry ini tetapi malangnya tiba2 segala apa yang sudah ditaip hilang dari pandangan mata..aarrghhh..TENSION*


Hai pembaca2 blog sekelian..(agak cliche pembuka ayat aku ni)..entry kali ini aku ingin berkongsi tentang resolusi2 aku yang sangat2 ingin dan diharap dapat dicapai tahun ini..Insya-Allah. Tetapi diingatkan, resolusi ini adalah untuk 2010 maka tarikh tamat tempoh untuk ianya dijayakan adalah termaktub sehingga 31 haribulan Disember 2010 jam 2359..(tapi lagi cepat dicapai, lagilah bagus). Agak2 korang..apa resolusi aku ni eh?

1. Ingin mendapatkan kembali berat badan asal - Isu ni amatlah sensitif dewasa ini sebab sejak2 dah 5 bulan selepas melahirkan Zikrul Khairee, berat aku yang pada awalnya turun dengan agak agresif pada 2 minggu pertama sudah terhenti antara 52-54kg sahaja. Aku perlu menurunkan lagi 5-8kg untuk kembali seperti dulu. Mampukan aku? A BIG question mark yang hanya boleh terjawab dengan semangat yang kental, usaha yang gigih, perancangan yang tepat dan sokongan suami/rakan2/orang2 sekeliling. Aku amat berharap ianya tercapai sebelum hari pertunangan adik iparku, hari perkahwinan rakan baikku, hari perkahwinan teman sepejabat dan hari raya yang bakal mendatang supaya diri nampak elok dengan baju yang disarung, terletak cantik pada badan dan tidak membuatkan sendiri merasa menyampah untuk menatap gambar2 yang diambil. HAHAHAHA!!! Suami, tolonglah jangan goda isterimu ini dengan makanan2 yang sedap di depan mata (padahal suami makan nasi goreng cili padi pon aku boleh terliur jugak..hehehe)

2. Ingin memelihara kesihatan kulit wajah - Terlebih dahulu aku teramatlah bersyukur kerana dikurniakan kulit wajah yang tidak begitu bermasalah, yang paling ketara hanyalan lingkaran hitam di bawah mata ni (gara2 rabun sejak di bangku sekolah rendah, pembaca2 sekelian ada tak petua2 atau produk2 yang ingin disyorkan untuk atasi masalah ni?) Namun begitu, aku ingin pastikan supaya wajah ini tidak disinggahi jerawat batu/jerawat pasir/bintik2 hitam/bintik2 putih/kulit berminyak/kulit kering yang serius..tapi adatlah kan kalau sebutir dua yang datang bertandang di 'waktu' tu..perempuan lah katakan...

3. Ingin belajar bersolek dengan cara yang betul - Selama ni aku selalunya menimba ilmu bersolek dari blog2, video2 Youtube, majalah2 dan pengalaman aplikasi pada muka sendiri. Tapi aku amat berpuas hati sekiranya dapat menghadiri bengkel2 kecantikan anjuran jurusolek yang berpengalaman supaya manalah tahu..boleh jadi vogue d vasttt mak ni...hukhukhuk...

4. Ingin mencari pendapatan sampingan untuk keluarga (untuk diri sendiri adalah lebih UTAMA) - Bukan nak kata pendapatan sekarang ni tak cukup, tapi tak salahkan kalau ada yang lebih. Selain boleh disimpan, boleh juga dilabur di mana2 Unit Trust, menambah harta untuk jaminan hidup akan datang, dilaburkan untuk pelajaran anak2, memberi kesenangan pada insan2 yang telah banyak berjasa pada diri ini (mi dan ayah), and the list goes on. Boleh anda beri cadangan apa yang perlu aku buat?

5. Ingin menjadi anak yang baik - Yang mampu memberi kebahagiaan kepada orang tuanya, tak kira samada dari segi harta benda, wang ringgit ataupun kasih sayang. Aku ingin membalas jasa2 mereka yang aku sendiri akur tidak mampu dapat dibayar. Terima kasih mi dan ayah atas didikan dan jagaan kamu berdua, akanku kenang selamanya. Dan aku juga amat bersyukur kerana suami tidak pernah menghalang untuk aku berbakti kepada keduanya..(sebab ade segolongan suami yang memisahkan isteri dari ibu-bapa isteri itu selepas berkahwin..hhmmm..kejam!)

6. Ingin menjadi isteri yang solehah - Ya, aku sedar aku masih dalam tempoh pembelajaran, belajar untuk berkongsi hidup dengan seorang insan bergelar suami, berkongsi suka duka, belajar bertoleransi, belajar lebih bersabar, belajar menerima keluarga baru, belajar mendengar kata, dan banyak lagi. Tapi aku amat berterima kasih kepada suami kerana menerima aku seadanya, sedia menerima kekuranganku dan bersabar dengan sikapku. Dalam kesabarannya, sedikit demi sedikit dia mengubah hidupku untuk berubah menjadi isteri yang baik. Aku amat berharap suami masih memberi ruang untuk aku berubah berdikit2, memberi lebih masa untuk perubahan diri ini.

7. Ingin menjadi mama yang hebat untuk Zikrul Khairee (noted that I mentioned above this is my resolution for 2010, so for this time being, I am the mother to Zikrul Khairee, ONLY!!) - Aku berdoa agar masa depan anakku ini akan lebih cerah dari mama dan papanya. Semoga dia lebih berjaya dengan pelajarannya, berjaya dengan kariernya, berjaya dengan kehidupannya, dan yang paling PENTING berjaya sebagai seorang Muslim yang taat dan patuh pada ajaran-Nya.

Sekian sahaja senarai resolusi aku untuk kali ni..kalau ada apa2 yang hendak ditambah nanti..kita jumpa lagi yer. Daaa...................

No comments:

Post a Comment