Tuesday, September 6, 2011

SEKITAR AIDILFITRI 2011

haihaihaiii...mood raya lom habes lagi walau dah seminggu berlalu...biasela kann...pose sebulan...raya pon sebulan la...xkan penat-penat prepare untuk raya dan berhabis duit nak menyambut raya...kite sambut untuk satu hari je kan???

okeh, perjalanan raya kali ni bermula kat jb jer...sebab tahun ni giliran sambut raya kat belah family aku...seronok sebab adik-beradik semua berkumpul...ceh...macamla masing-masing dok jauh-jauh kan?haha...family kakak aku je la yang tersesat kat aloq setar sana nun...tapi 3 hari sebelum raya...diorang dah balik jb...sambung shopping kat sini...hamboiiii...dah x cukop gamaknye shopping complex kat aloq setar tu yer???alasan!!!malam raya lagi kitorang dah berkumpul kat umah mak aku...saje nak memeriahkan sambil menyerakkan lagi umah...hehehe...mak aku memang pening la sebab cemaner nak start kemas umah kalau orang ramai lagi kuar masok sumer...tapi tu sumer tradisi...dari zaman aku dulu-dulu lagi...tunggu orang dah balik umah masing-masing...barula kitorang start kemas umah ape yang patot...e.g sapu sampah/mop lantai/tukar alas meja+sarung kusyen/alas katil (eh, katil pon nak raya jugak aperrr)/dan macam-macam lagi la...kakak ipar ngan mak aku lak sibuk kat dapur dah waktu-waktu camni...sediakan bahan-bahan/rencah ape yang patot...nanti subuh barula kakak ipar aku masak...terima kasih kak sal...kalau takde kak sal...kami tak makan la lauk raya nanti....hehehe

pagi raya lepas dah balik dari sembahyang raya (bagi sape yang pegi)...sumer akan berkumpul kat umah mak aku lagi sekali untuk makan besar...hmmm...time ni masing-masing yang konon dah lawa berbaju raya bermekap bagai tros sinsing lengan baju untuk melayan nafsu makan masing-masing...menu utama keluarga aku sudah semestinya nasi beryani...yummy...ketupat/lemang tu sumer ada la jugak tapi kadang-kadang je homemade...selalunya jiran-jiran yang bagi...kata pon dok kat perkampungan melayu kan...adat bertukar-tukar juadah tu memang masih diamalkan...sambil nanti dapat gak ngumpat-ngumpat eh orang ni masak ni x sedap...kurang ni kurang tu...wakakakakka...xdela...tpu jerk...lepas nak kenyang...yang pompuan gi touch-up sebelum sesi bergambar dan drama air mata bermula. hmmm...sesi bermaaf-maafan dimulakan dengan family abang aku yang sulung dan diikuti dengan yang lain-lain sampaila giliran family aku...pada yang rasa banyak wat salah tu...adela diiringi juraian airmata...pada yang takde perasaan tu...macam salam rock je la....selamat hari raya maap zahir batin muah-muah tangan amek duit raya pastu blah...hoho...(aku la tu..oooppsss)...

keluarga saya
kumpulan nasyid lorong pendita
satu-satunya gambar lengkap berbaju melayu

malam raya kedua pulak kitorang bertolak ke melaka...mengikut perancangan...kitorang teros balik ke klang sepatotnya...tapi disebabkan family mertuaku masih beraya di melaka...maka kami decide untuk singgah kat melaka dulu...sambil nanti boleyla jikol aiyee kutip duit raya dari atok-atok sedara die kat kampung. tapi sungguh kecewa sebab esok paginya kitorang cuma sempat beraya satu buah rumah je sebab jikol aiyee sudah belayar ke alam fantasi. haha...kebetulan awal-awal raya si toet tu kurang sehat...batok selsema sebab seronok sangat minum air sejuk sumer...hmmm...jadi untuk mengelak die mengamuk kat umah orang...kitorang amek keputusan untuk batalkan hajat beraya di kampung dan kitorang pon meneruskan je la perjalanan balik ke klang...maka habesla raya kedua dan ketiga kami dalam kereta sahaje...jenggggggggggggggg

raya ke-4 dan ke-5....adala jugak beberapa buah rumah yang kitorang kunjungi...kali ni bersama keluarga di belah mertua la pulak kan...seronok juga...gi umah pak lang, busu, nenek ya (nenek yang jaga adik ipar aku time die kecik-kecik dulu)...seronok sebab aku tak pernah beraya kat umah diorang ni sejak kawen...jikol aiyee pon seronok sebab leh sambung main ngan pak sdare die (hampir sebaya dengan jikol)...seronok sebab ramai-ramai join beraya nih....abang sefamily...aku sefamily...huda ngan husband...pak/mak mertua ngan dua orang lagi adik iparku yang masih single...hehe...

bersama adik ipar yang single
adik ipar yang sudah bersuami + birasku + ibu mertuaku

biras baru saya
port kesukaan untuk bergambar

anak-anak bermata bulat bersama bapa-bapa bermata sepet...ooopppsss
jikol dan tok ki

kesimpulannya...raya kali ni lebih seronok sebab banyak rumah yang kitorang kunjungi plus cuti panjang gilo sampai malas dah nak mula kerja dan jikol pon dah pandai beraya sumer...dapat lak beraya bersama keluarga besar kat kedua-dua belah family dan macam-macam lagi...sekian...dah malas nak mengarut lagi...bye.





Monday, August 29, 2011

SALAM AIDILFITRI 2011

Untuk semua pembaca blog nih...aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersinggung dengan tulisan-tulisan di blog ini. Kepada yang akan pulang ke kampung, pastikan keselamatan tempat kediaman, kenderaan, mahupon diri sendiri dan keluarga berada dalam keadaan yg baik.

Salam Aidilfitri. Salam Merdeka.






- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, August 28, 2011

TIPS CEGAH JENAYAH DI AIDILFITRI

Diam tak diam…dah 28 hari kita berpuasa. Yeay!!! Lagi 2 hari nak raya!!! Macam mana dengan persiapan korang??? Untuk kitorang…Alhamdulillah segala pakaian / biskut / langsir raya semua dah settle. Alamak! Duit raya tak masok sampul lagi. Hmmm…takpe…ada masa lagi nih... Tapi rumah belum mula kemas lagi. Almaklum ada sedikit renovasi. Dan sampai hari ni, tak siap-siap lagi. Mak aii…habuk satu rumah. Naseb baik rumah 2 tingkat…takde la mata tersemak sangat dengan kerja-kerja renovasi kat tingkat bawah tu.

Raya tahun ni giliran beraya kat JB jer…belah family aku. Hehehe…bestnyer rasa macam dah lama tak beraya ngan diorang. Padahal baru tahun lepas je kot aku beraya dengan keluarga mertua. Tahun ni warna tema baju raya kitorang untuk hari pertama = kelabu. Bukan kelabu asap tawww…dah siap bertempah dah. Si toet pon tempah baju gak. Siap bersulam baju hero kecik tu. Complete dengan samping dan songkok. Hmm…berapa lama lah agaknye songkok tu leh bertahan kat atas kepala dia. Tahun ni jikol dah pandai jalan…mesti habes satu rumah di kemas nyer. Haihhh…alangkan bukan hari raya pon sakan mengejar dia…ni kan pulak di hari raya yang rumah dah siap berhias-hias dengan pasu bunga/alas meja cantik/susunan botol biskut raya atas meja…adoiiii…tak dapat nak bayangkan!

Hmm…untuk mereka-mereka yang akan pulang ke kampong tu…aku ada sedikit tips yang diambil dari laman web rasmi PDRM. Ye lah…mana tau ada di antara tips ni berguna untuk korang…atau mungkin korang dah tau tapi tanpa disedari…korang terlupa nak apply…apa-apa je lah. Meh sini baca!


1.       Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). 


2.   Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). 


3.    Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ). 


4.  Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. 
 
5.       Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama). 


 
6.       Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka). 


 
7.       Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah. 


 
8.       Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala). 


 
9.       Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda. 


 
10.   Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. 


 
11.   Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon. 


 
12.   Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. 


 
13.   Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin. 


 
14.   Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. 


 
15.   Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda. 


 
16.   Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri). 


 
17.   Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran. 


 
18.   Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas. 


 
19.   Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat. 


 
20.   Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua. 


 
21.   Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing. 

 
Sumber: Bukit Aman PDRM


p/s : sila isi borang balik kampung ni untuk cegah jenayah semasa korang balik kampung

Saturday, August 6, 2011

HAPPY 2nd BIRTHDAY, MY BABY

Arini 5hb ogos genap umur jikol 2 tahun. Tak sangka dah besar budak toet nih. Badan pon dah memanjang. Lebih separuh tinggi mama dia. Akal pon dah makin panjang. Kuat merajuk. Semua pon kata. Sampaikan 'abah' dia pon ngadu jikol ni kuat merajuk. Macam-macam gaya kalau dia merajuk ni. Lawak betol. Tapi kadang-kadang biarkan je...takot naik lemak lak nanti. Haha. Cakap...ada lah few words yang boleh. Tapi sangat geram sebab asek sebut 'Papa' jek...nak dengar dia sebut 'Mama' susah yang amat. Yer la kol....anak papa jek la...huh!

Ape-ape pon...selamat hari jadi ikol...semoga membesar dengan sihat tubuh badan dan akal fikiran...menjadi muslim yang beriman...dan semua yang baik-baik jer la...mama+papa+semua orang sayanggggh ikol sangat-sangat...mmMMmMUAhhH















- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432 HIJRAH

Niat Puasa Ramadhan

                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                               

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.




salam semua...perghhh...lamer gilo tak hapdet belog ni kan? almaklum penyakit malas dah kambali. laptop ni pon dah jarang-jaranggg hidup. jangankan belog...fb pon dah tak berapa nak aktif. setakat baca updated status dari kawan-kawan jek...

ni pon saja jekla nak ucapkan selamat berpuasa kepada korang sumer...1st ramadhan kat jb ni kan cuti...lepas solat subuh tadi malas lak nak sambung tido balik. maka dapatla nak merepek kat sini. sahur tadi masakkan Encik Suami kentang+ikan bilis+bawang goreng kicap  ngan telur goreng jek. dah tu permintaan dia sebab pagi-pagi ni mana la ada selera nak makan beriye. Puan Isteri pulak cuma sahur dengan HL shake. ya bulan ramadhan ni memang betul-betul mengambil kesempatan untuk serius dengan HL sebab perut sudah membuak-buak bagai bunting 5 bulan. huh! insya-Allah harini akan berbuka puasa di Kampung Melayu...tradisi keluarga hari pertama puasa memang akan berbuka ramai-ramai. yeay! tak payah pikir dah nak buat menu apa hari ni. kuikuikui...

eh dahla...nak pegi menyelam ke laman web lain pulak...sesekali online ni...tak nakla asek ngadap belog sendiri jek...nak jugak baca update belog orang lain...till then...byeeee!!!





p/s : sila jangan buat-buat lupa harini dah puasa yer...sat lagi jangan nak gi makan breakfast lak...:D