Wednesday, April 27, 2011

FOR THE SHOPAHOLICs

Hai semua, untuk entri kali ni aku nak share sesuatu tentang salah satu favourite movie aku, CONFESSION OF A SHOPAHOLIC. korang pernah tengok tak? Best kan? Best gilerrr nih buat orang yang suka membeli sampai dompet terbelah macam tuan punya belog. Eh....saper ntah tu....hehe






Lepas aku tengok filem ni, aku mula berminat nak baca novel-novel hasil nukilan Sophie Kinsella ni. Kalau tak silap aku, filem ni merangkumi 3 siri novel Shopaholic; The Secret Dreamworld of a Shopaholic, Shopaholic Abroad dan Shopaholic Ties the Knot. Sebenarnya siri Shopaholic ni dah masuk novel ke 6 dan terbaru iaitu siri yang ke-6 bertajuk Mini Shopaholic.

Selain dari siri Shopaholic, Sophie Kinsella turut menerbitkan beberapa buah novel lagi dalam genre yang sama, chic lit - for easy reading. Sebenarnya novel-novel ni diterbitkan 2 kali untuk pasaran berbeza; UK dan US. Tapi kat Malaysia, kedua-dua terbitan pon ada. Kalau korang ternampak ada 2 tajuk novel yang sama dengan berlainan kulit, korang jangan confius pulak sebab isi di dalam tetap sama.

Untuk korang yang boley menggelarkan diri sebagai 'shopaholic' tegar...( ya aku tau korang taknak mengaku walau dalam hati tetap mengiyakan), cubalah cari novel ni. Kalau korang malas nak membaca siri-siri ni, korang boley baca novel yang terus diadaptasi dari filem ni ; which means 3 in 1 teros. Tapi aku lebih suka baca semua...elaboration nya lagi panjang dan sangat menarik.

Terbaru, aku dah beli siri Mini Shopaholic. Walaupun sebenarnya dah agak lama keluar di pasaran, tapi saiznya agak besar. Maka sebab tu baru sekarang aku dapatkan novel ni sebab baru jek diorang keluarkan normal size untuk novel. Hehe...









Tajuk : Mini Shopaholic
Penulis : Sophie Kinsella
Harga : RM 32.90



~ mari membaca ~ happy reading ~

No comments:

Post a Comment