Wednesday, December 26, 2012

HER FIRST SOLID FOOD

malas nak tulis banyak-banyak sebab ni amek kesempatan kat opis...ooopppssss

fyi, little (little ke??!) zahra dah masok 6 bulan...so kami of course sangat excited nak bagi die makan. lagi pulak si apam tu asek dok kecir jek kalau tengok kitorang makan.

so kitorang pon decide nak bagi zahra date puree (puri kurma) sebagai makanan pertamanya. mudah je cara nak buat puri ni...cuma rebus (steam pon boleh) beberapa biji kurma ditambah sedikit air...sampai lembut. pastu blend lagi untuk dapatkan tekstur yang sangattt halus. untuk makanan pertama, takleh bagi pekat eh...so untuk cairkan sket puri tu...tambah sket dengan susu ibu...dah siap...jom makan!








- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 4, 2012

ZAHRA @ 4 MONTHS YOUNG


- juz to update her current weight & length...visited Dr. Ismail yesterday for her 2nd dose jab on pneumococcal + rotavirus + Dapt/polio/Hib.

Weight : 6.9 kg
Length : 63 cm
Mum's weight : 51.8 kg (slow progress...aiiiyoooo)























- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 10, 2012

3 MONTHS - ZAHRA KHAISARA

Nothing much to say...just a lil bit sharing on Zahra's developments at her 3 months old.

  1. Length and weight yet to be advised since we will only be visiting our paed this 21st or maybe later for Zahra's next vaccination
  2. Zahra went to 'khatan' at Klinik Yuslina, Seri Alam on 26th Sept...not crying at all...it was me who being more nervous than her...hahaha...
  3. Zahra able to lie on her tummy (meniarap) on her own...wow adik...impressive...
  4. Her 'ibu' thought her to hold her own milk bottle...yeah...she could not grip well but still she got the skill to hold something...


Now let's 'menjamu mata' with her pics...



































and lastly,














- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, September 16, 2012

LATEST...

Salam 1Malaysia! Selamat Hari Malaysia! Malaysia Boleh!


Hahaha...lawak ke buat lawak di pagi hari ni?
Tak lawak...dah!
Saje nak bagitau skarang ni macam dah kurang aktif kan blog ni...padahal dari dulu pon tak aktif mane pon...ikot angin kus-kus...
Tapi skarang ni aku agak aktif kat instagram...huhuhu...
Bestla...senang jek...amek-amek gambar...edit-edit sket...post! Dah updated...kannnn
Ok...lepas ni nak tau per'kembang'an aku...cari jek kat ig ok...luv uollsss












- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, August 27, 2012

ZAHRA @ 2mths YOUNG

Last saturday, we went to see Dr. Ismail for Zahra's 2nd month vaccination. But actually we are more excited to know her current weight n length development...hehe...Alhamdulillah...she grows well despite of me being so worried on my breastmilk supply...






Weight : 5.8 kg
Length : 59 cm
Mum's current weight : 52.9 kg

Weehooo...i still have to get rid of 2.9 kg to my pre-2nd pregnancy weight...can meh???!!!





- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 1, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

~~~ tewas akhirnya ~~~












- Posted using BlogPress from my iPhone

HAPPY WORLD BREASTFEEDING WEEK!






FYI, the ' World Breastfeeding Week' is celebrated every year from 1st to 7th of August. Since I am aiming to at least breastfeeding Zahra up to 6 months, I will do everything to increase my milk supplies for her...Insya-Allah. So to those expectant mothers out there, let us together keep in our heart and mind, to give only the BEST to our children...which is...MUMMY's MILK. 😊😊😊












Hey, even celebrity breasfeed her child...so why don't us???






- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, July 26, 2012

QUOTES OF THE DAY

di copy-cat dari Majalah Pa&Ma edisi April 2011

~~~ Wanita yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih daripada 3 bulan hilang lebih banyak berat badan berbanding mereka yang tidak melakukannya ~~~

Wowww...that's motivates me more...

Wednesday, July 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

~ saje nak share pembelian paling berbaloi setakat ini...yeay!!! ~







AVENT Ultra Comfortable Breast Shells ni amat berguna untuk collect susu yang mengalir keluar ketika melakukan single pumping atau ketika baby menyusu. Instead of susu tu menyerap pada breastpad, lebih baik kita collect kan? Selain dari tu, ia juga dapat melindungi sore nipples ( tapi yang ni aku tak try lagi ). Based on pengalaman aku, banyak jugak taw kuantiti susu yang dapat di collect nih. Kadang-kadang boleh dapat dalam 1oz jugak...hah...saper nak bagi kan...nak-nak pulak bagi ibu menyusu yang susah dapatkan hasil yang banyak ketika pumping. Kalau tak percaya...cubalah try.



p/s : macam bukan 'wordless' ponnnn....






- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, July 22, 2012

30 HARI ~ ZAHRA KHAISARA

Woot...woot...Alhamdulillah...usia Zahra dah sebulan hari ni. Ingat lagi sebulan yang lepas...pada waktu ni aku sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat kedua-ku ini. Kat bawah ni serba-sedikit kronologi detik kelahiran Zahra sebagai memori bersama...

malam 20-06-12 : contraction sudah bermula tanpa aku sedari. almaklum aku tak tahu pon tu rupenya rasa contraction sebab aku masih boleh bertahan dengan kesakitannya.

12 malam 21-06-12 hingga waktu subuh 21-06-12 : contraction makin kerap menyebabkan aku tidak boleh lelapkan mata sepanjang malam. Encik Suami masih tidak menyedari kesakitan aku sepanjang malam tu. aku kerap keluar-masuk tandas kerana terasa seperti mahu 'membuang'. selepas subuh, Encik Suami bangun tidur, baru aku beritahu kesakitan yang dah tak tertanggung tu dan kami bergegas untuk bersiap ke hospital.

07:40 pagi hingga 11.33 pagi 21-06-12 : tiba di PSH. terus dihantar ke labor room 4. jururawat beritahu bukaan sudah 5cm. contraction makin menjadi-jadi. aku diberi ubat untuk buang air besar. beberapa jam kemudian, aku dipindahkan ke labor room 2. aku diberi induce. gynae Dr. Laila tiba. doktor terpaksa melakukan episiotomi untuk membantu kelahiran sebab aku dah makin lemah. jam 11.33 pagi lahirlah puteri kami dengan berat 2.94 kg dan panjang 51 cm. masa tu hilang segala kesakitan...hinggakan aku tak ambil peduli langsung ketika doktor melakukan jahitan...huhuuu.

tengahari 21-06-12 : setelah selesai semua, aku dipindahkan ke ward 2b-2. Encik Suami, Angah dan anak saudaraku, Farah sudah tiba untuk menemani.

2 petang 21-06-12 : jururawat menyerahkan Zahra kepadaku...first session untuk breastfeed. Zahra ditinggalkan denganku untuk dijaga dan jururawat hanya akan ambil dia untuk mandi, tukar diapers atau ketika Dr. Ismail datang untuk memeriksa.

malam 21-06-12 : malamku di PSH ditemani ibu mertua yang baru tiba dari Klang.

pagi 22-06-12 : Dr. Ismail mengesahkan Zahra tidak mengalami sebarang komplikasi dan dia dibenarkan untuk pulang. tidak lama selepas tu, Dr. Laila pila datang memeriksa aku dan mengesahkan aku juga sudah boleh pulang. yeay!!! Alhamdulillah...

kos yang dikenakan ke atas aku dan bayi : RM 2552 ~ thanks to Encik Suami...hehe

mula menjalani tempoh berpantang di bawah jagaan ibu mertua hingga hari ke 18.

temujanji dengan Dr. Ismail pada hari ke 5. berat Zahra sudah meningkat ke 3.13 kg. menurut doktor, Zahra tidak mengalami jaundis. syukurrr...

mula berurut pada hari ke 6. aku berurut selama 5 hari. terus-terang cakap, servis tukang urut tu tidaklah begitu memuaskan hati. hmmm....

tunggul tali pusat Zahra tanggal pada hari ke 8. agak lewat berbanding Zikrul dulu.

21-07-12 : temujanji dengan Dr. Ismail untuk check-up bulan pertama ; berat Zahra meningkat ke 4.25 kg, panjang 53 cm.

Setakat ni je kot re-cap detik kelahiran Zahra yang masih bersisa dalam ingatan aku nih. Hehe...almaklum urat putus dah bertambah...logik tak alasan?














Oh ya...hari ni juga hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan kan? Kalau 3 tahun dulu aku memang tak dapat berpuasa Ramadhan kerana masih dalam tempoh berpantang...tahun ni nasib sedikit baik sebab tempoh pantang aku bakal tamat 2 minggu sebelum Syawal. Semoga aku dapat merasa juga berpuasa Ramadhan kali ini yer. Insya-Allah...

Till then...daaa....

Thursday, July 19, 2012

KEBURUKAN AIR KOSONG, PUTING TIRUAN DAN SUSU FORMULA - tips dari majalah PA&MA Ogos 2012

Ok...dah lama tak update belog bukan sebab takde idea tapi takde passion untuk menulis, mengarang dang mengarut. Tapi aku rasa macam nak share tips yang aku baca dari majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2012 (ahaks, harini baru 19hb julai kan? Lom masok ogos pon lagi...hehe)

Dalam artikel tu...ade 176 tips tentang penyusuan susu ibu...tapi giler ko aku nak taip banyak camtu...korang nak tau the rest...sila keluarkan rm 8.90 kat mana-mana kedai majalah eh...sila cepat sebab Pa&Ma ni cepat abes kat pasaran...okeh?!

Kali ni aku share seperti tajuk di atas k...

1. Bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif, perlu dipastikan tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan terawal.

2. Air kosong atau susu formula sama sekali tidak boleh diberikan kepada bayi kerana dalam tempoh ini sistem pencernaannya masih belum matang.

3. Amalan memberi air kosong kepada bayi boleh mendedahkannya kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan boleh mengakibatkan sawan tarik.

4. Perut bayi bersaiz kecil seperti sebiji kacang pis selepas dilahirkan. Sekiranya perut yang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan khasiat dipenuhi air kosong yang tiada zat, ini akan menyebabkan bayi kurang nutrien.

5. Ia juga menyebabkan hakisan salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan akan mendedahkan bayi kepada jangkitan.

6. Bagi bayi yang menghadapi jaundis, air yang banyak akan merencatkan akal.

7. Ia juga boleh mencairkan garam dalam darah, menyebabkan suhu badan menjadi rendah dan kembung perut bagi bayi yg berusia lima minggu ke bawah.

8. Puting tiruan pula adalah satu bentuk penipuan yang menyebabkan bayi terpedaya dan menyangka sedang menyusu.

9. Alahan sering dikaitkan dengan pemberian susu formula pada bayi dan mengakibatkan pelbagai masalah seperti cirit-birit atau ekzema.

10. Susu formula juga punca obesiti utama pada bayi dan kanak-kanak.

Aku berharap aku dapat memberikan penyusuan eksklusif untuk Zahra sehingga umurnya 6 bulan. Dan kalau ada rezeki, aku nak teruskan juga...kalau boleh sehingga mencapai umurnya 2 tahun. Memang banyak dugaannya untuk memberi susu ibu ni...paling utama sekarang aku selalu rasa STRESS bila setiap kali aku mengepam untuk menyimpan stok susu, hasilnya amatlah menyedihkan. Setiap kali sesi pumping, hanya dapat 2oz. Macam-macam cara aku dah buat - minum air kosong dengan banyak, minum air rebusan longan kering dan kurma merah, dan juga mengambil supplement untuk milk booster. Tapi hasilnya tetap sama. Don't worry be happy...aku akan teruskan juga mengepam demi untuk Zahra!Zahra!Zahra!!! YEAYYY!!!

p/s : Kalau korang ade tips-tips lain, jangan malu-malu share dengan aku yer...got to go...dadaaaaaaa~~~~





- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, July 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

how i wished we found this earlier...isn't it cool to see both of my kids in this stroller...









p/s : STOP DREAMING!!! u already got 2 strollers...don't ever think about getting a new one...kuangkuangkuang~~~







- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, June 23, 2012

WELCOMING OUR NEW FAMILY MEMBER


~~ introducing our little princess, Zahra Khaisara binti Mohd Khairul Anuar ~~






further story will be updated soonest...daaa...











- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 17, 2012

TINGGAL SATU LAGI...

aiseyyy...lupe satu lagi tugas patut dilaksanakan sebelum deliver nih...before ni dok pikir guna BM storage plastics jek...tapi macam terpikir gak kalau hantar kat umah babysitter...macam better pakai BM storage bottles kan? So tadi tambah lagi 10 botol di samping 5 botol yang dapat percuma masa beli Spectra 3 breastpump dulu. Makanya...botol-botol ini harusla direndam dan dibasuh sebelum mereka berkhidmat nanti...bile mood rajin nak datang nih? Dah 37wks...takot tak nyempat je kang...adoiiiii kartini...adoiiiiii....

























- Posted using BlogPress from my iPhone

BILA KARTINI MULA MENGEMAS

~~~ bile mood tetibe baik...bile habuk dah boleh nampak dengan mata yang rabun...bile organizer dah tak ter'organize'...bile koleksi sudah bertambah ~~~








Gambar ni cuma 'a part of the collections' yang ade. Ade lagi compartment with 3 small drawers untuk simpan yang bersaiz kecil e.g eyeshadows...dan ade 2 bekas untuk letak brushes dan segala eyeliners/mascaras/dan yang seumpama dengannya...dan juga pallette eyeshadows yang sudah tidak bersusun dan berlabel...mak aiii...bile pulak la mood untuk that part sampai ek???






- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 12, 2012

TAKOYAKI - 'octopus' balls


Hmmm.....awatla pregnancy kali ni asek dok mengidam nak makan makanan jepun jek. Actually makanan korea pon ade gak teringin tapi mane nak carik kat jb ni kan. Padahal...tekak aku ni memang tak leh terima pon segala mak nenek sushi tu...tak kire la mentah or yang bergoreng...tapi disebabkan pengidaman yg membuak-buak...leh buat aku teruja kalau nampak deretan sushi kat Jusco tu. ye la...makan yang standard Jusco je...nak makan yg kat restoran jepun tu...tak tau pulak nak mengorder ape nanti. Lagipon Encik Suami tak layan makanan pandang ke Timur ni.

Latest...aku dok teringat-ingat takoyaki yang anak-anak sedara aku suka beli kat Giant Taman Suria tu. perrgghh...macam mengancam jek kan. Tapi tak la pulak berkesempatan menyinggah ke situ walaupon boleh dikatakan setiap minggu gak balik Kg. Melayu. Carik punye carik punye carik...sekali terjumpa stall yang jual takoyaki kat Todays Seri Alam ni. Wahhhhhh...blingblingbling la mate aku ni...macam nampak ape je kan. Dengan senang hati dan senyuman meleret terukir di bibir...aku pon order la takoyaki with crab fillings. Eh, kalau camtu dah tak name takoyaki la kan sebab 'tako' tu bermaksud octopus tapi aku dah pilih crab. Huh...nanti aku cari crab dalam bahasa jepun ape plak yer. Teros order 6 bijik...konfiden sedap jek. Skali dah rase...adoiiii...memang sedapppppppp...rase macam hari-hari nak singgah Todays beli mende alah ni...eh...harini nak g singgah la...beli 10 bijik...leh gitu? Tak pon beli 12 bijik tros...yummmmeahhhh...jemput makan....









# note : entry ni tulis semalam...dah gi beli tapi 6 ketul jek sebab sat lagi nak balik masak sup ayam untuk dinner...yummy jugakkk...hehe





- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 3, 2012

IMPIAN SAYA



Ahhh malas nak tulis panjang-panjang...tapi ni lah impian aku sekarang nih...untuk beri penyusuan eksklusif untuk bakal bayi yang lahir nanti...insya-Allah semoga niatku dipermudahkan oleh-Nya...







Sekarang memang gigih mencari info yang berkaitan...harap-harap niat suci murni ni mendapat sokongan dari semua...dan disiplin dari diri sendiri sebenarnya yang paling penting...

So...untuk persediaan...meh aku senaraikan keperluan-keperluan untuk misi aku nih...

  • Breastpump - sekarang ni aku dah ada Spectra 3...siap dah beli untuk dual pumping...tapi di sudut kecil hati nak beli Avent Single Electric Breastpump jugak...sebab dengar banyak review kata suction breastpump Avent ni bagos...even yang manual pon bagos...tapi makcik mestila nak yang electric kan...sebab leh guna 3in1 ; electric @ battery @ manual....best kan? harga pon best...sapa nk sponsor???
  • Milk storage - tak kira la botol ke ziplock bag ke...yang ni botol dah ada 6...ziplock back dah ada 2 kotak...tengok dulu hasil nanti...kalau menjadi...baru kena tambah storage...hehehe
  • Cooler bag - ni penting bila dah mula kerja nanti...untuk travel pon penting gak...sebab takkan nak usung freezer tu ke hulu ke hilir ye tak???
  • Ice pack - haih...dahde cooler bag...of course la memerlukan ice pack...kalau tak ko rase cooler bag tu cool ke? hikhikhik
  • breastpump bag - apa-apa pon namenye...lebey kurang camtu la fungsinya...behtu kalau dah bawak cooler bag je...breastpump tu ko nak letak kat maner pulak kan? dalam handbag? harharhar...sekarang tengah usaha usya bag yg cantek molek sket...yang slalu jumpe mesti warna hitam...ohhhh....tak ceria langsung ok....
  • lagi.......ape lagi eh? ntah....takde idea lagi nih wat mase skarang...kalau korang tau....korang share la eh....sharing kan is loving....i love u....u lap me....we r happy family~~~





***kartini...gigih! jangan putus asa ok!!!***






- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 23, 2012

ZIKIR NABI YUNUS @ DOA NABI YUNUS




Surah al-Anbiya’ ayat 87

  • Elok diamalkan samada sepanjang tempoh kehamilan atau ketika sudah hampir waktu bersalin...semoga dipermudahkan segala proses oleh-Nya...

    “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.



      Monday, January 2, 2012

      AL-FATIHAH




      ~ 2 hari lagi...genaplah 40 hari pemergian abang-abangku mengadap Illahi. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada hari yang sama di 2 masa dan tempat yang berbeza. Pada pukul 3.30 pagi, abangku yang ke-3 'pergi' di pangkuan ayahku di Kg. Melayu. Di kala talkin sedang dibacakan semasa upacara pengebumian arwah, kami mendapat satu lagi kejutan. Abang sulungku yang ditahan di hospital sejak beberapa hari sebelum, juga turut 'pergi' menemani adiknya. Kejadian berlaku tidak lama selepas waktu Zohor. Kini tinggallah kami 3 beradik. Semoga mereka tenang di sana...setelah menderita lama di dunia ini. Semoga Allah memberi ketenangan kepada kedua ibu-bapaku...dalam menghadapi peristiwa ini. Maaf aku tak punya kekuatan untuk bercerita lebih terperinci tentang kejadian yang menimpa. Cuma mengharapkan kalian turut mendoakan kesejahteraan mereka di sama. Sekian~



      Al-Fatihah untuk :-

      Mohd Faris (16 Mei 1965 - 26 November 2011)
      Mohd Fuad (26 Oktober 1969 - 26 November 2011)