Woot...woot...Alhamdulillah...usia Zahra dah sebulan hari ni. Ingat lagi sebulan yang lepas...pada waktu ni aku sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat kedua-ku ini. Kat bawah ni serba-sedikit kronologi detik kelahiran Zahra sebagai memori bersama...
malam 20-06-12 : contraction sudah bermula tanpa aku sedari. almaklum aku tak tahu pon tu rupenya rasa contraction sebab aku masih boleh bertahan dengan kesakitannya.
12 malam 21-06-12 hingga waktu subuh 21-06-12 : contraction makin kerap menyebabkan aku tidak boleh lelapkan mata sepanjang malam. Encik Suami masih tidak menyedari kesakitan aku sepanjang malam tu. aku kerap keluar-masuk tandas kerana terasa seperti mahu 'membuang'. selepas subuh, Encik Suami bangun tidur, baru aku beritahu kesakitan yang dah tak tertanggung tu dan kami bergegas untuk bersiap ke hospital.
07:40 pagi hingga 11.33 pagi 21-06-12 : tiba di PSH. terus dihantar ke labor room 4. jururawat beritahu bukaan sudah 5cm. contraction makin menjadi-jadi. aku diberi ubat untuk buang air besar. beberapa jam kemudian, aku dipindahkan ke labor room 2. aku diberi induce. gynae Dr. Laila tiba. doktor terpaksa melakukan episiotomi untuk membantu kelahiran sebab aku dah makin lemah. jam 11.33 pagi lahirlah puteri kami dengan berat 2.94 kg dan panjang 51 cm. masa tu hilang segala kesakitan...hinggakan aku tak ambil peduli langsung ketika doktor melakukan jahitan...huhuuu.
tengahari 21-06-12 : setelah selesai semua, aku dipindahkan ke ward 2b-2. Encik Suami, Angah dan anak saudaraku, Farah sudah tiba untuk menemani.
2 petang 21-06-12 : jururawat menyerahkan Zahra kepadaku...first session untuk breastfeed. Zahra ditinggalkan denganku untuk dijaga dan jururawat hanya akan ambil dia untuk mandi, tukar diapers atau ketika Dr. Ismail datang untuk memeriksa.
malam 21-06-12 : malamku di PSH ditemani ibu mertua yang baru tiba dari Klang.
pagi 22-06-12 : Dr. Ismail mengesahkan Zahra tidak mengalami sebarang komplikasi dan dia dibenarkan untuk pulang. tidak lama selepas tu, Dr. Laila pila datang memeriksa aku dan mengesahkan aku juga sudah boleh pulang. yeay!!! Alhamdulillah...
kos yang dikenakan ke atas aku dan bayi : RM 2552 ~ thanks to Encik Suami...hehe
mula menjalani tempoh berpantang di bawah jagaan ibu mertua hingga hari ke 18.
temujanji dengan Dr. Ismail pada hari ke 5. berat Zahra sudah meningkat ke 3.13 kg. menurut doktor, Zahra tidak mengalami jaundis. syukurrr...
mula berurut pada hari ke 6. aku berurut selama 5 hari. terus-terang cakap, servis tukang urut tu tidaklah begitu memuaskan hati. hmmm....
tunggul tali pusat Zahra tanggal pada hari ke 8. agak lewat berbanding Zikrul dulu.
21-07-12 : temujanji dengan Dr. Ismail untuk check-up bulan pertama ; berat Zahra meningkat ke 4.25 kg, panjang 53 cm.
Setakat ni je kot re-cap detik kelahiran Zahra yang masih bersisa dalam ingatan aku nih. Hehe...almaklum urat putus dah bertambah...logik tak alasan?
Oh ya...hari ni juga hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan kan? Kalau 3 tahun dulu aku memang tak dapat berpuasa Ramadhan kerana masih dalam tempoh berpantang...tahun ni nasib sedikit baik sebab tempoh pantang aku bakal tamat 2 minggu sebelum Syawal. Semoga aku dapat merasa juga berpuasa Ramadhan kali ini yer. Insya-Allah...
Till then...daaa....
No comments:
Post a Comment