Ok...dah lama tak update belog bukan sebab takde idea tapi takde passion untuk menulis, mengarang dang mengarut. Tapi aku rasa macam nak share tips yang aku baca dari majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2012 (ahaks, harini baru 19hb julai kan? Lom masok ogos pon lagi...hehe)
Dalam artikel tu...ade 176 tips tentang penyusuan susu ibu...tapi giler ko aku nak taip banyak camtu...korang nak tau the rest...sila keluarkan rm 8.90 kat mana-mana kedai majalah eh...sila cepat sebab Pa&Ma ni cepat abes kat pasaran...okeh?!
Kali ni aku share seperti tajuk di atas k...
1. Bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif, perlu dipastikan tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan terawal.
2. Air kosong atau susu formula sama sekali tidak boleh diberikan kepada bayi kerana dalam tempoh ini sistem pencernaannya masih belum matang.
3. Amalan memberi air kosong kepada bayi boleh mendedahkannya kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan boleh mengakibatkan sawan tarik.
4. Perut bayi bersaiz kecil seperti sebiji kacang pis selepas dilahirkan. Sekiranya perut yang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan khasiat dipenuhi air kosong yang tiada zat, ini akan menyebabkan bayi kurang nutrien.
5. Ia juga menyebabkan hakisan salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan akan mendedahkan bayi kepada jangkitan.
6. Bagi bayi yang menghadapi jaundis, air yang banyak akan merencatkan akal.
7. Ia juga boleh mencairkan garam dalam darah, menyebabkan suhu badan menjadi rendah dan kembung perut bagi bayi yg berusia lima minggu ke bawah.
8. Puting tiruan pula adalah satu bentuk penipuan yang menyebabkan bayi terpedaya dan menyangka sedang menyusu.
9. Alahan sering dikaitkan dengan pemberian susu formula pada bayi dan mengakibatkan pelbagai masalah seperti cirit-birit atau ekzema.
10. Susu formula juga punca obesiti utama pada bayi dan kanak-kanak.
Aku berharap aku dapat memberikan penyusuan eksklusif untuk Zahra sehingga umurnya 6 bulan. Dan kalau ada rezeki, aku nak teruskan juga...kalau boleh sehingga mencapai umurnya 2 tahun. Memang banyak dugaannya untuk memberi susu ibu ni...paling utama sekarang aku selalu rasa STRESS bila setiap kali aku mengepam untuk menyimpan stok susu, hasilnya amatlah menyedihkan. Setiap kali sesi pumping, hanya dapat 2oz. Macam-macam cara aku dah buat - minum air kosong dengan banyak, minum air rebusan longan kering dan kurma merah, dan juga mengambil supplement untuk milk booster. Tapi hasilnya tetap sama. Don't worry be happy...aku akan teruskan juga mengepam demi untuk Zahra!Zahra!Zahra!!! YEAYYY!!!
p/s : Kalau korang ade tips-tips lain, jangan malu-malu share dengan aku yer...got to go...dadaaaaaaa~~~~
- Posted using BlogPress from my iPad
tini kau jgn give up & stress ..
ReplyDeletexpe walaupon tiap kali pam. cuba kau target dpt store 10oz sehari. so 5kali pam/day. kalau sehari dpt collect 10oz, by end of maternity leave kau bole dpt up to 600oz.
sentiasa ingat dlm otak "kosongkan breast". lps baby nyusu kau terus pam. kuarkan semua so barulah susu akan stimulate blk. tak pon kalau nak saving, kau nyusu 1 side jek, 1 side lg kau pam, bole jugak.
insyaAllah bole. bykkan study & refer kalau xsure.
kau dah start buat stock blom? baby dah nk dkt 1month dah ni kan ..
tini...tul tu..jgn give up k
ReplyDeletepe ako nk taip..farah dh taip....
cm farah ckp..ko kena keep on pam. xpe dpt sikit pn.
kdg2 permulaan dia mmg sikit2..lama2...lg kerap lg byk. sbb ms dlm pantang ni jek la kte ada ms nk kumpul susu.esok dh stat kerja,demand makin tinggi.
kte plak jenuh nk pam byk kali.xpe beb..yg penting jgn stress k.air masak minum byk2 kurang 3L sehari :-)
insyallah boleh...
kna byk study n refer....jgn give up k
nak share experience jg ni, bby saya pn skrg dah 6mth alhamdulillah fully breast feeding, ms dlm pantang mmg give up, tp adik yg byk bg dorongan sama mcm farah ckp mesti kena kosongkan breast mula2 mmg stress ckit coz dpt pam 2oz pn ssh tp alhamdulillah skg byk stok, mmg x dinafikan penat coz saya bekerja ofis hour mmg tsgt sibuk.kadang2 ada ms mls dan give up, tp pikirkan anak bersemangat nk pam, coz bby fully breast feeding imune sistem dia kuat...apa yg saya lakukan stp 3jam saya akan pam susu, kena pandai bg ms walau sibuk mana pun kita demi anak..
ReplyDeleteinsyaallah..saya pn byk refer majalah, adik dan kawan2 byk bg dorongan...apapun jgn give up