Monday, January 2, 2012

AL-FATIHAH




~ 2 hari lagi...genaplah 40 hari pemergian abang-abangku mengadap Illahi. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada hari yang sama di 2 masa dan tempat yang berbeza. Pada pukul 3.30 pagi, abangku yang ke-3 'pergi' di pangkuan ayahku di Kg. Melayu. Di kala talkin sedang dibacakan semasa upacara pengebumian arwah, kami mendapat satu lagi kejutan. Abang sulungku yang ditahan di hospital sejak beberapa hari sebelum, juga turut 'pergi' menemani adiknya. Kejadian berlaku tidak lama selepas waktu Zohor. Kini tinggallah kami 3 beradik. Semoga mereka tenang di sana...setelah menderita lama di dunia ini. Semoga Allah memberi ketenangan kepada kedua ibu-bapaku...dalam menghadapi peristiwa ini. Maaf aku tak punya kekuatan untuk bercerita lebih terperinci tentang kejadian yang menimpa. Cuma mengharapkan kalian turut mendoakan kesejahteraan mereka di sama. Sekian~



Al-Fatihah untuk :-

Mohd Faris (16 Mei 1965 - 26 November 2011)
Mohd Fuad (26 Oktober 1969 - 26 November 2011)


1 comment: