Thursday, July 26, 2012

QUOTES OF THE DAY

di copy-cat dari Majalah Pa&Ma edisi April 2011

~~~ Wanita yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih daripada 3 bulan hilang lebih banyak berat badan berbanding mereka yang tidak melakukannya ~~~

Wowww...that's motivates me more...

Wednesday, July 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

~ saje nak share pembelian paling berbaloi setakat ini...yeay!!! ~







AVENT Ultra Comfortable Breast Shells ni amat berguna untuk collect susu yang mengalir keluar ketika melakukan single pumping atau ketika baby menyusu. Instead of susu tu menyerap pada breastpad, lebih baik kita collect kan? Selain dari tu, ia juga dapat melindungi sore nipples ( tapi yang ni aku tak try lagi ). Based on pengalaman aku, banyak jugak taw kuantiti susu yang dapat di collect nih. Kadang-kadang boleh dapat dalam 1oz jugak...hah...saper nak bagi kan...nak-nak pulak bagi ibu menyusu yang susah dapatkan hasil yang banyak ketika pumping. Kalau tak percaya...cubalah try.



p/s : macam bukan 'wordless' ponnnn....






- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, July 22, 2012

30 HARI ~ ZAHRA KHAISARA

Woot...woot...Alhamdulillah...usia Zahra dah sebulan hari ni. Ingat lagi sebulan yang lepas...pada waktu ni aku sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat kedua-ku ini. Kat bawah ni serba-sedikit kronologi detik kelahiran Zahra sebagai memori bersama...

malam 20-06-12 : contraction sudah bermula tanpa aku sedari. almaklum aku tak tahu pon tu rupenya rasa contraction sebab aku masih boleh bertahan dengan kesakitannya.

12 malam 21-06-12 hingga waktu subuh 21-06-12 : contraction makin kerap menyebabkan aku tidak boleh lelapkan mata sepanjang malam. Encik Suami masih tidak menyedari kesakitan aku sepanjang malam tu. aku kerap keluar-masuk tandas kerana terasa seperti mahu 'membuang'. selepas subuh, Encik Suami bangun tidur, baru aku beritahu kesakitan yang dah tak tertanggung tu dan kami bergegas untuk bersiap ke hospital.

07:40 pagi hingga 11.33 pagi 21-06-12 : tiba di PSH. terus dihantar ke labor room 4. jururawat beritahu bukaan sudah 5cm. contraction makin menjadi-jadi. aku diberi ubat untuk buang air besar. beberapa jam kemudian, aku dipindahkan ke labor room 2. aku diberi induce. gynae Dr. Laila tiba. doktor terpaksa melakukan episiotomi untuk membantu kelahiran sebab aku dah makin lemah. jam 11.33 pagi lahirlah puteri kami dengan berat 2.94 kg dan panjang 51 cm. masa tu hilang segala kesakitan...hinggakan aku tak ambil peduli langsung ketika doktor melakukan jahitan...huhuuu.

tengahari 21-06-12 : setelah selesai semua, aku dipindahkan ke ward 2b-2. Encik Suami, Angah dan anak saudaraku, Farah sudah tiba untuk menemani.

2 petang 21-06-12 : jururawat menyerahkan Zahra kepadaku...first session untuk breastfeed. Zahra ditinggalkan denganku untuk dijaga dan jururawat hanya akan ambil dia untuk mandi, tukar diapers atau ketika Dr. Ismail datang untuk memeriksa.

malam 21-06-12 : malamku di PSH ditemani ibu mertua yang baru tiba dari Klang.

pagi 22-06-12 : Dr. Ismail mengesahkan Zahra tidak mengalami sebarang komplikasi dan dia dibenarkan untuk pulang. tidak lama selepas tu, Dr. Laila pila datang memeriksa aku dan mengesahkan aku juga sudah boleh pulang. yeay!!! Alhamdulillah...

kos yang dikenakan ke atas aku dan bayi : RM 2552 ~ thanks to Encik Suami...hehe

mula menjalani tempoh berpantang di bawah jagaan ibu mertua hingga hari ke 18.

temujanji dengan Dr. Ismail pada hari ke 5. berat Zahra sudah meningkat ke 3.13 kg. menurut doktor, Zahra tidak mengalami jaundis. syukurrr...

mula berurut pada hari ke 6. aku berurut selama 5 hari. terus-terang cakap, servis tukang urut tu tidaklah begitu memuaskan hati. hmmm....

tunggul tali pusat Zahra tanggal pada hari ke 8. agak lewat berbanding Zikrul dulu.

21-07-12 : temujanji dengan Dr. Ismail untuk check-up bulan pertama ; berat Zahra meningkat ke 4.25 kg, panjang 53 cm.

Setakat ni je kot re-cap detik kelahiran Zahra yang masih bersisa dalam ingatan aku nih. Hehe...almaklum urat putus dah bertambah...logik tak alasan?














Oh ya...hari ni juga hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan kan? Kalau 3 tahun dulu aku memang tak dapat berpuasa Ramadhan kerana masih dalam tempoh berpantang...tahun ni nasib sedikit baik sebab tempoh pantang aku bakal tamat 2 minggu sebelum Syawal. Semoga aku dapat merasa juga berpuasa Ramadhan kali ini yer. Insya-Allah...

Till then...daaa....

Thursday, July 19, 2012

KEBURUKAN AIR KOSONG, PUTING TIRUAN DAN SUSU FORMULA - tips dari majalah PA&MA Ogos 2012

Ok...dah lama tak update belog bukan sebab takde idea tapi takde passion untuk menulis, mengarang dang mengarut. Tapi aku rasa macam nak share tips yang aku baca dari majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2012 (ahaks, harini baru 19hb julai kan? Lom masok ogos pon lagi...hehe)

Dalam artikel tu...ade 176 tips tentang penyusuan susu ibu...tapi giler ko aku nak taip banyak camtu...korang nak tau the rest...sila keluarkan rm 8.90 kat mana-mana kedai majalah eh...sila cepat sebab Pa&Ma ni cepat abes kat pasaran...okeh?!

Kali ni aku share seperti tajuk di atas k...

1. Bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif, perlu dipastikan tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan terawal.

2. Air kosong atau susu formula sama sekali tidak boleh diberikan kepada bayi kerana dalam tempoh ini sistem pencernaannya masih belum matang.

3. Amalan memberi air kosong kepada bayi boleh mendedahkannya kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan boleh mengakibatkan sawan tarik.

4. Perut bayi bersaiz kecil seperti sebiji kacang pis selepas dilahirkan. Sekiranya perut yang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan khasiat dipenuhi air kosong yang tiada zat, ini akan menyebabkan bayi kurang nutrien.

5. Ia juga menyebabkan hakisan salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan akan mendedahkan bayi kepada jangkitan.

6. Bagi bayi yang menghadapi jaundis, air yang banyak akan merencatkan akal.

7. Ia juga boleh mencairkan garam dalam darah, menyebabkan suhu badan menjadi rendah dan kembung perut bagi bayi yg berusia lima minggu ke bawah.

8. Puting tiruan pula adalah satu bentuk penipuan yang menyebabkan bayi terpedaya dan menyangka sedang menyusu.

9. Alahan sering dikaitkan dengan pemberian susu formula pada bayi dan mengakibatkan pelbagai masalah seperti cirit-birit atau ekzema.

10. Susu formula juga punca obesiti utama pada bayi dan kanak-kanak.

Aku berharap aku dapat memberikan penyusuan eksklusif untuk Zahra sehingga umurnya 6 bulan. Dan kalau ada rezeki, aku nak teruskan juga...kalau boleh sehingga mencapai umurnya 2 tahun. Memang banyak dugaannya untuk memberi susu ibu ni...paling utama sekarang aku selalu rasa STRESS bila setiap kali aku mengepam untuk menyimpan stok susu, hasilnya amatlah menyedihkan. Setiap kali sesi pumping, hanya dapat 2oz. Macam-macam cara aku dah buat - minum air kosong dengan banyak, minum air rebusan longan kering dan kurma merah, dan juga mengambil supplement untuk milk booster. Tapi hasilnya tetap sama. Don't worry be happy...aku akan teruskan juga mengepam demi untuk Zahra!Zahra!Zahra!!! YEAYYY!!!

p/s : Kalau korang ade tips-tips lain, jangan malu-malu share dengan aku yer...got to go...dadaaaaaaa~~~~





- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, July 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

how i wished we found this earlier...isn't it cool to see both of my kids in this stroller...









p/s : STOP DREAMING!!! u already got 2 strollers...don't ever think about getting a new one...kuangkuangkuang~~~







- Posted using BlogPress from my iPad