Entri harini adalah mood ‘SUDUT INFO’…ni semua gara-gara isu yang banyak dibincangkan kebelakangan ni…aduhaii..dahla harga petrol dan harga gula naik…ni tariff elektrik pon nak naik jugakkkk…lepas ni tak tahulah lagi apa yang naik…jangan sampai tekanan darah aku naik…sudahlah.
Mulai 1hb Jun 2011, tariff elektrik baru akan berkuat-kuasa dan dikenakan kepada semua pengguna termasuk pengguna domestik@kediaman, perindustrian, perdagangan dan yang lenlain. Purata kenaikan tariff elektrik adalah sebanyak 7.12%. Ni semua disebabkan oleh kenaikan harga gas asli dan kos menampung kenaikan kos pembekalan elektrik sejak semakan semula tariff asas yang dilaksanakan pada Jun 2006.
Tapi, ada berita baik (bukan untuk aku) kepada 75% pengguna domestik (lebih kurang 4.4 juta pengguna) dengan bil maksimum RM77.00 sebab tiada kenaikan tariff yang akan berlaku. Yer la...sebab penggunaan mereka-mereka ini adalah sangat rendah; 0-300kWj jer…(dapat pulak umah aku bil bawah RM77 tu ekk…manjang bergelap la rumah kalau camtu).
Lagi satu, rebat elektrik kepada bil bulanan yang tak lebih dari RM20 akan kekal sampai hujung tahun ini (Disember 2011). Ni aku rasa orang ni mesti cuci baju guna tangan, tengok tv siaran berita jam 8, tidur pakai kipas, masak air panas guna cerek atas dapur gas, mandi pagi celup-celup je sebab takde heater ngan lampu pon hidup satu je dalam satu masa…perghhh..salute abes ngan orang yang leh pertahankan bil serendah ni…dushhhh!!!
Ni aku ada nak kongsikan tips la konon (tak tahu mujarab ke tak…silap-silap kat diri tuan belog ni pon tak dapat nak aplikasikan…huhu)…
Renung-renungkan dan selamat beramal~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment