Wednesday, June 22, 2011

TIPS KURUS 1


Dalam pada aku nak meng’kurus’kan badan nih…dah macam-macam cara aku cuba…cara yg aku maksudkan tu seperti kurangkan makan nasi @ ambil meal replacement @ tak makan malam dan lenlain…dan yang sudah semestinya bukanlah BERSENAM or workout or apa-apa lah istilah korang yang memerlukan aktiviti fizikal tu.

Ya aku tau cara tu salah…tapi memang sejak dari zaman silam lagi subjek yang paling aku tak suka adalah yang memerlukan aku bersenam bagai tuh…ingat lagi form 2 kot aku ponteng kelas PJ sampai kantoi…seb baik tak sampai kena panggil mak bapak…hahaha

Aku tahu di kalangan korang ni pon ada yang peel macam aku kan…nak kurus tapi tak nak keluar peluh…lalu mari aku kongsikan beberapa cara tak langsung untuk membakar kalori korang tu…


TIPS 1.               Naik-turun tangga
– setiap anak tangga yang korang naik tu mampu membakar lebih kurang 5kal. Kalau macam aku yang dok umah 2 tingkat dan opis pon di tingkat 2…hmmm…agak banyak jugak kalori yang aku boleh dibakar kan? Yeay!!!

TIPS 2.               ‘Park’ kereta jauh dari destinasi
-      sebab apa? sebab…secara tak langsung korang akan berjalan…kan ke berjalan tu satu jenis senaman juga…tapi  yang ni susah sikit aku nak apply sebab parking lot kat tempat kerja ni betol-betol kat depan bangunan opis. Dan aku belum berhajat nak pulangkan balik pas kereta dan kembali letak kereta nun jauh di luar pintu gerbang tu. perghhh…pukul berapa pulak aku nak kuar rumah kalau camtu sebab kereta amatlah bersesak di luar sana…heh

TIPS 3.               Makan dengan kerap
-      lebih kerap korang makan…maka system penghadaman korang akan sentiasa aktif…dan laju jeklah kerja-kerja pembakaran lemak segala tu…cuba kalau 3-4 jam sekali baru makan ke…tengah sedap-sedap system penghadaman korang rileks-rileks..tiba-tiba korang nak suruh kerja…mesti lambat siketla kot…macam korang jugak kannnnnn…tapi dengan syarat makanan yang korang kudap tu makanan berkhasiat dan rendah kalori la…bukanlah sarapan nasi lemak pastu kol 10 makan 3 biji kuih pastu kol 12 makan nasi lak pastu kol 3 makan lagi 3 biji kuih pastu malam lagi…supper lagi…hamek ko!

TIPS 4.               Makan pedas!
-      yummy!!! tak kan korang tak pernah nampak krim-krim pelansingan badan yang gambar cili tu sumer…sebab cili@rempah ni kan boleh buat badan kita panas…bila dah panas…system penghadaman pon panasss…lalu aktif bekerja  bersungguh-sungguh untuk bakar kalori makanan tu…hmmm….tak sia-sia mak suka makan nasi goreng cili padi tabor…wahahahaha

TIPS 5.               Hubungan s*x
-      hah! tak payah nak suka sangatlah kan…memanglah aktiviti ni pon boleh membakar kalori secara tak langsung gak…eh tak payahlah aku nak terangkan terperinci sangat…korang kan lebih dari tahu…tapi AMARAN! ini hanya untuk mereka yang sudah berkahwin secara sah SAHAJA ya!

TIPS 6.               Ketawa
-      di samping boleh hilangkan stress…boleh jugak bantu bakar kalori. maka…jom tengok MAHARAJA LAWAK! I vote for SEPAH & JOZAN & JAMBU…nabil dah tak best...buwekkkk

TIPS 7.               Kopi dan ‘other metabolic supplements’
-      ini juga adalah sebahagian cara untuk mempercepatkan pembakaran kalori…tapi yang pasti kenalah betul pada caranya…

TIPS 8.               Bermain dengan anak-anak
-      hoyeah…untung untuk para ibu bapa sebab selain dari mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak…sambil itu mereka juga sekaligus bersenam…fuhhh…cuba bayangkan korang lepaskan anak-anak korang kat taman permainan…tak kiralah indoor ke outdoor…pastu nak mengejar diorang lagi…memang berpeluh beb…jangan tak percaya sebab aku dah selalu kena…huhuhuhu...tapi bagi yang single-mingle tu pulak…boleylah main dengan adik-adik korang…kalau tak ada adik…anak jiran pon ok…tapi mintak izin mak bapak diorg dulu…kang tak pasal-pasal korang dituduh menculik lak…ehehe

TIPS 9.               Window Shopping???!!!
-      ehhhh…menci tau…saja je bagi I alasan nak abeskan duit…cehhhh…padahal dah terang-terang kata window shopping jek...bukan suruh shopping betol-betol pon…sebab apa aktiviti ni membantu? sebab…orang perempuan ni kalau nak beli barang…bukan pandai masuk satu kedai terus beli kan…diorang akan tawaf satu kompleks tu…maka banyaklah aktiviti ‘berjalan’…dan jangan lupa…berjalan pon boleh bakar kalori…

TIPS 10.            Kemas rumah
-      dan tips terakhir untuk hari ini adalah mari mengemas rumah…kemaslah apa cara sekali pon..guna penyapu ke…guna vacuum ke…mengemop…cuci bilik air…semua tu kan memerlukan banyak pergerakan dan tenaga…haa…di samping umah korang cantik dan bersih…korang pon dapat mengeluarkan peluh dan membakar kalori dalam badan tu…maka thumbs up untuk Encik Suami aku yang mengambil alih tugas ini…malang sungguh dia dapat isteri malas macam aku nih…huhuhu…




Sekian sahaja tips kesihatan dari penasihat diet anda. Sekarang penasihat nak gi makan malam…ehhhh????!!!!




Saturday, June 11, 2011

TEASER - HUDA'S WEDDING

~ will come up with full story and more photos later ( sila menunggu hingga mood mengarang tiba ) ~



at the nearest mosque - for solemnization session





after 'SAH'



random candids

    

































Friday, June 10, 2011

BILA PAPA MASUK DAPUR


harini (rasenye dah beberapa hari yang lepas sebab draft entri ni memang dah lama cuma tak sempat-sempat nak edit bebetol) Encik Suami volunteer masok dapur untuk siapkan dinner...Puan Isteri dan si Comel beradu di tingkat atas dengan lenanya...mari kita lihat apa yang tersaji~~~





siakap masak sweet sour





- sawi goreng oyster sauce

- ulam kacang botol

dan jeng jeng jengggggg






choc dipped strawberries





Korang ade??? Nanges weiii Ct Nurhalijah kalau tau...ghopernye standard aku jek die tu...dapat stroberi celop coklat tuh...wakakakaakakakkakaka


Jemput makannn........









- Posted using BlogPress from my iPhone

MARI JIMAT KAREN

Entri harini adalah mood ‘SUDUT INFO’…ni semua gara-gara isu yang banyak dibincangkan kebelakangan ni…aduhaii..dahla harga petrol dan harga gula naik…ni tariff elektrik pon nak naik jugakkkk…lepas ni tak tahulah lagi apa yang naik…jangan sampai tekanan darah aku naik…sudahlah.

Mulai 1hb Jun 2011, tariff elektrik baru akan berkuat-kuasa dan dikenakan kepada semua pengguna termasuk pengguna domestik@kediaman, perindustrian, perdagangan dan yang lenlain. Purata kenaikan tariff elektrik adalah sebanyak 7.12%. Ni semua disebabkan oleh kenaikan harga gas asli dan kos menampung kenaikan kos pembekalan elektrik sejak semakan semula tariff asas yang dilaksanakan pada Jun 2006.

Tapi, ada berita baik (bukan untuk aku) kepada 75% pengguna domestik (lebih kurang 4.4 juta pengguna) dengan bil maksimum RM77.00 sebab tiada kenaikan tariff yang akan berlaku. Yer la...sebab penggunaan mereka-mereka ini adalah sangat rendah; 0-300kWj jer…(dapat pulak umah aku bil bawah RM77 tu ekk…manjang bergelap la rumah kalau camtu).

Lagi satu, rebat elektrik kepada bil bulanan yang tak lebih dari RM20 akan kekal sampai hujung tahun ini (Disember 2011). Ni aku rasa orang ni mesti cuci baju guna tangan, tengok tv siaran berita jam 8, tidur pakai kipas, masak air panas guna cerek atas dapur gas, mandi pagi celup-celup je sebab takde heater ngan lampu pon hidup satu je dalam satu masa…perghhh..salute abes ngan orang yang leh pertahankan bil serendah ni…dushhhh!!!

Ni aku ada nak kongsikan tips la konon (tak tahu mujarab ke tak…silap-silap kat diri tuan belog ni pon tak dapat nak aplikasikan…huhu)…










Renung-renungkan dan selamat beramal~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





- Posted using BlogPress from my iPhone