Sunday, July 25, 2010

KLIK-KLIK UNIVERSAL STUDIO, SINGAPORE

peringatan : ini adalah entry M>A>L>A>S dan hanya mahu kongsi gambar-gambar yang termampu di'capture' oleh telefonku yang habis bateri di tengah percutian...uhuksssss




main entrance of USS
(sila book tiket online kerana tiket adalah limited setiap hari)


yeah...dis is it...akan ambil gambar/view yang lebih cantik bila ada kamera yang lebih bagus
(suami, sila take note)




kampung pertama - MADAGASCAR we like to move it move it



selamat datang ke 'King Julien's Beach Party-Go-Round
(kami tak main pon...hehe)

taking picture w/ Marty the Zebra, Melman the Giraffe, Alex the Lion and Gloria the Hippopotamus


kampung kedua - FAR FAR AWAY


mari melawat ogre...
(but he is busy doing 'business'..eeeuuwwwww)


FAR FAR AWAY castle - where we watched Shrek 4-D Adventure and Donkey Live shows here..
(sorry, no picture taken inside)




CHOMELLLL~~~~~
(but y did i look FAT in that blouse?shetttt!!!)

kampung ketiga - LOST WORLD 
(tak main apa-apa game kat sini sebab dah tengahari dan dah penat baru lepas naik roller coaster..uikkkkkk)




kampung ke-empat - ANCIENT EGYPT




the entrance to 'HELL' - REVENGE OF THE MUMMY
(ntah bila masa aku cari pasal dengan dia...sampaikan dia berdendam dengan aku...rasa nak tercabut nyawa naik indoor rollercoaster tu....SUPERTHRILLED!!!)




kampung ke-lima - SCI-FI CITY
(tak tengok pon sebab masih pening-pening lalat dari kampung ke-empat)


kampung ke-enam - NEW YORK
(singgah ke LIGHT, CAMERA, ACTION - sangat BESTTT!!!)


kampung ke-tujuh - HOLLYWOOD
(tempat bershopping-shopping, dan ada juga beberapa studio tapi kami dah penat nak mam...huhuhu)





















Saturday, July 17, 2010

TIP SIHAT 1

harini aku nak kongsi sedikit tentang beberapa tips sihat yang aku baca dari buku '365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH' hasil tulisan DR. MOHAMMAD ALI TOHA. apa yang nak aku kongsikan ini dari bab kedua 'Pemakanan Pintar (Smart Eating)'..aku pon baru jugak baca buku ni..maka marilah kita sama-sama mencuba tips-tips ini dan moga-moga ianya bermanfaat kepada kita semua.

(1) Menjadi idaman bagi setiap muslim beroleh nikmat panjang umur dan kesihatan dalam ketaatan kepada Allah. Apabila itu yang saudara inginkan, amalkanlah petua dari Balkan ini. Setiap hari, minum segelas yogurt yang dicampurkan dengan jus strawberi. Yogurt ialah susu masam bebas lemak, berprotein tinggi dan mempunyai kandungan bakteria probiotik serta dos kalsium yang tinggi. Strawberi pula mengandungi kadar antioksida yang tinggi malah lebih tinggi daripada anggur. Dengan meminum campuran yogurt dan jus strawberi sebelum bersarapan setiap hari, badan menjadi sihat dan umur yang panjang dapat dicapai. Insya-Allah...


(2) Bagi menjadi kurus, ramai orang yang tidak makan malam walaupun terdapat banyak keberkatan pada makan malam. Nabi melarang kita meninggalkan makan malam, Ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah menyarankan "Makan malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma".


(3) Dalam tradisi perubatan, ada disebutkan wanita hamil perlu makan lebih banyak demi pertumbuhan janin dan ketahanan tubuhnya. Namun begitu, disebabkan selera makan mereka sering menurun, maka menu ekstra diperlukan bagi mencukupkan keperluan protein dan kalorinya. Salah satunya adalah makan pada jam 10 pagi jus yang dihasilkan daripada campuran 100gram betik, 100ml susu kosong dan satu sudu madu. Selain wanita yang hamil ataupun menyusukan anak, jus itu juga bermanfaat bagi pertumbuhan janin, bayi dan kanak-kanak.


(4) Kajian menunjukkan tomato menurunkan risiko penyakit jantung koronari dan pembuluh darah serta menurunkan risiko barah payudara. Jadi, wanita disarankan meminum jus tomato yang tinggi kandungan seratnya. Dua biji tomato bersaiz sederhana sudah mencukupi. Kisar ataupun perahlah dua biji tomato itu dan tambahkan dua camca madu asli. Insya Allah, daya tahan badan meningkat dan risiko mendapat penyakit akibat radikal bebas dapat dicegah. Seratnya pula membantu melancarkan pembuangan air besar.


(5) Cincau adalah minuman kegemaran yang biasa dihidangkan semasa bulan puasa. Cincau mempunyai sifat sejuk dan basah yang baik diminum bagi mengurangkan kepanasan. Ia juga membantu mengubati barah dan demam kepialu. Ahli herba menggalakkan mereka yang mengalami gangguan pencernaan supaya meminum cincau.



p/s : aku kongsi 5 tip ni je la eh..kalau korang nak tau lebih lanjut..belilah buku ni sendiri..bukan mahal pon..

Sunday, July 11, 2010

PRE-ENTRY (1)








Location : Universal Studio Singapore

***will update & upload more pics soon***





- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, July 7, 2010

USTAZ ZIKRUL

ni adalah entry malas yang teramat ringkas dan simple tapi masih juga mahu buat satu entry untuk tidak menyepi terlalu lama..bukan tak punya cerita untuk dikongsi..tapi penuh jadual untuk diisi..(padahal cakap jekla MALAS)..

dalam satu-dua minggu ni, my baby jikol sudah develop satu skill baru..yang comel dan tak boley tahan kalau tengok..boleh gelak golek-golek dan rasa mahu cubit pipi dia...hhhmmmm....

jikol sudah pandai gerak-gerak (ke...geleng-geleng?) kepala bila dengar kami@kita@tv astro oasis tu berzikir...tapi gerakan kepala dia sangatla lucu dan kadang-kadang sampai tahap dah habes berzikir pon..kepala dia tak habes goyang lagi..cemaner tu???

ni aku tempekkan satu video yang sempat dirakam..maaf sebab rakaman sangatlah pendek dan kualiti gambar tidak memuaskan...tapi bersyukur je la sebab ada juga video yang boleh korang tengok..kan???

SELAMAT MENJAMU MATA~~~~~~!!!!




oh..nak tempek jugakla gambar zikrul sekeping-dua..hari ini (5 julai 2010) genaplah usia jikol 11 bulan...tak sabar nak tunggu dia pandai jalan...SMILE!!!!! :D