Sunday, January 24, 2010

Berkabung



Untuk menghormati pemergian Almarhum Baginda, kami rakyat Johor diarahkan berkabung untuk tempoh 7 hari. Lelaki Melayu/Islam dikehendaki memakai songkok yang dililit kain putih selebar 2 inci dan perempuan Melayu/Islam dikehendaki memakai tudung/selendang putih. Bagi yang bukan Islam, dikehendaki memakai lilitan kain hitam selebar 2 inci pada lengan tangan.

Saturday, January 23, 2010

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar



Al-Fatihah. Semoga roh Almarhum Baginda dicucuri rahmat-Nya.

Tuesday, January 19, 2010

apa resolusi anda untuk 2010?



* maaf jika entry ini agak membosankan kerana semalam aku sudah menghabiskan masa untuk mengarang malah menyiapkan entry ini tetapi malangnya tiba2 segala apa yang sudah ditaip hilang dari pandangan mata..aarrghhh..TENSION*


Hai pembaca2 blog sekelian..(agak cliche pembuka ayat aku ni)..entry kali ini aku ingin berkongsi tentang resolusi2 aku yang sangat2 ingin dan diharap dapat dicapai tahun ini..Insya-Allah. Tetapi diingatkan, resolusi ini adalah untuk 2010 maka tarikh tamat tempoh untuk ianya dijayakan adalah termaktub sehingga 31 haribulan Disember 2010 jam 2359..(tapi lagi cepat dicapai, lagilah bagus). Agak2 korang..apa resolusi aku ni eh?

1. Ingin mendapatkan kembali berat badan asal - Isu ni amatlah sensitif dewasa ini sebab sejak2 dah 5 bulan selepas melahirkan Zikrul Khairee, berat aku yang pada awalnya turun dengan agak agresif pada 2 minggu pertama sudah terhenti antara 52-54kg sahaja. Aku perlu menurunkan lagi 5-8kg untuk kembali seperti dulu. Mampukan aku? A BIG question mark yang hanya boleh terjawab dengan semangat yang kental, usaha yang gigih, perancangan yang tepat dan sokongan suami/rakan2/orang2 sekeliling. Aku amat berharap ianya tercapai sebelum hari pertunangan adik iparku, hari perkahwinan rakan baikku, hari perkahwinan teman sepejabat dan hari raya yang bakal mendatang supaya diri nampak elok dengan baju yang disarung, terletak cantik pada badan dan tidak membuatkan sendiri merasa menyampah untuk menatap gambar2 yang diambil. HAHAHAHA!!! Suami, tolonglah jangan goda isterimu ini dengan makanan2 yang sedap di depan mata (padahal suami makan nasi goreng cili padi pon aku boleh terliur jugak..hehehe)

2. Ingin memelihara kesihatan kulit wajah - Terlebih dahulu aku teramatlah bersyukur kerana dikurniakan kulit wajah yang tidak begitu bermasalah, yang paling ketara hanyalan lingkaran hitam di bawah mata ni (gara2 rabun sejak di bangku sekolah rendah, pembaca2 sekelian ada tak petua2 atau produk2 yang ingin disyorkan untuk atasi masalah ni?) Namun begitu, aku ingin pastikan supaya wajah ini tidak disinggahi jerawat batu/jerawat pasir/bintik2 hitam/bintik2 putih/kulit berminyak/kulit kering yang serius..tapi adatlah kan kalau sebutir dua yang datang bertandang di 'waktu' tu..perempuan lah katakan...

3. Ingin belajar bersolek dengan cara yang betul - Selama ni aku selalunya menimba ilmu bersolek dari blog2, video2 Youtube, majalah2 dan pengalaman aplikasi pada muka sendiri. Tapi aku amat berpuas hati sekiranya dapat menghadiri bengkel2 kecantikan anjuran jurusolek yang berpengalaman supaya manalah tahu..boleh jadi vogue d vasttt mak ni...hukhukhuk...

4. Ingin mencari pendapatan sampingan untuk keluarga (untuk diri sendiri adalah lebih UTAMA) - Bukan nak kata pendapatan sekarang ni tak cukup, tapi tak salahkan kalau ada yang lebih. Selain boleh disimpan, boleh juga dilabur di mana2 Unit Trust, menambah harta untuk jaminan hidup akan datang, dilaburkan untuk pelajaran anak2, memberi kesenangan pada insan2 yang telah banyak berjasa pada diri ini (mi dan ayah), and the list goes on. Boleh anda beri cadangan apa yang perlu aku buat?

5. Ingin menjadi anak yang baik - Yang mampu memberi kebahagiaan kepada orang tuanya, tak kira samada dari segi harta benda, wang ringgit ataupun kasih sayang. Aku ingin membalas jasa2 mereka yang aku sendiri akur tidak mampu dapat dibayar. Terima kasih mi dan ayah atas didikan dan jagaan kamu berdua, akanku kenang selamanya. Dan aku juga amat bersyukur kerana suami tidak pernah menghalang untuk aku berbakti kepada keduanya..(sebab ade segolongan suami yang memisahkan isteri dari ibu-bapa isteri itu selepas berkahwin..hhmmm..kejam!)

6. Ingin menjadi isteri yang solehah - Ya, aku sedar aku masih dalam tempoh pembelajaran, belajar untuk berkongsi hidup dengan seorang insan bergelar suami, berkongsi suka duka, belajar bertoleransi, belajar lebih bersabar, belajar menerima keluarga baru, belajar mendengar kata, dan banyak lagi. Tapi aku amat berterima kasih kepada suami kerana menerima aku seadanya, sedia menerima kekuranganku dan bersabar dengan sikapku. Dalam kesabarannya, sedikit demi sedikit dia mengubah hidupku untuk berubah menjadi isteri yang baik. Aku amat berharap suami masih memberi ruang untuk aku berubah berdikit2, memberi lebih masa untuk perubahan diri ini.

7. Ingin menjadi mama yang hebat untuk Zikrul Khairee (noted that I mentioned above this is my resolution for 2010, so for this time being, I am the mother to Zikrul Khairee, ONLY!!) - Aku berdoa agar masa depan anakku ini akan lebih cerah dari mama dan papanya. Semoga dia lebih berjaya dengan pelajarannya, berjaya dengan kariernya, berjaya dengan kehidupannya, dan yang paling PENTING berjaya sebagai seorang Muslim yang taat dan patuh pada ajaran-Nya.

Sekian sahaja senarai resolusi aku untuk kali ni..kalau ada apa2 yang hendak ditambah nanti..kita jumpa lagi yer. Daaa...................

Thursday, January 14, 2010

kalau rasa gembira...meniarap???


hari ini saya sangat gembira. kenapa? sebab anak saya yang tercinta, tercomel, ter'amon', ter'bambam' dan banyak lagi ter sudah pandai meniarap.yippie!!!!

Monday, January 4, 2010

'ibu' baru



harini first day antar zikrul kat 'ibu' baru die..at first risau jugak coz budak kecik ni sometimes memilih orang..risau kalau die menangis jek tak kenal orang..risau orang tak pandai nak layan die..dan segale macam risau yang ade...

kol 10a.m tepon kak nab ('ibu' zikrul) asking his condition..lega after kak nab kate die ok2 je..tengah nyenyak tido dengan ikmal (anak jiran aku yang turut dijage kak nab).

sebenarnye sejak umur zikrul 2 bulan, kitorang hantar zikrul kat NURI (one of the best nursery/kindergarden; i guess). but somehow, zikrul keeps having fever nearly every months and sometimes having rashes on his face/body/etc. memula tu macam boleh bersabar lagi and we just tell the teachers to give extra attention to zikrul (bukan aper pon, for simple case..janganla bagi other toddlers/teachers yang tengah demam/batuk/selsema dekat2 dengan zikrul or cium2 die..kan nanti jangkit + pastikan alas tido or sarung bantal zikrul bersih..bukan berhabuk sampai 2-3 bulan tak berbasuh + jangan campur2kan botol susu zikrul dengan budak lain sebab ade one time tu kitorang perasan teacher die bekalkan botol susu budak lain pade zikrul..huh!!!but kesabaran kami amatlah tercabar bile one day zikrul batuk/flu/demam dan we decided to send zikrul to specialist where we found out that zikrul's lung have been infected (pneumonia)..pity him..hukhukhuk..tak pasal2 kene tidur wad satu malam..mmmm...

Alhamdulillah..sekarang kitorang dah jumpa babysitter baru untuk zikrul and sangat2 berharap zikrul happy dan bertambah sihat selepas ni..Amin..

Saturday, January 2, 2010

my first blogging trial...



tengok tajuk pon dah tahu..ni kali pertama aku create blog and this is my first ever entry..ngehehe..ntah haper2 la aku akan merepek jap lagi ni..(saye budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan..tapi saye bukan budak kurang ajar tau..)

perghh..gile lame niat di hati nak buat blog sendiri..tapi takde semangat yang jitu...chewahh..encik suami pon dah sound2 suruh buat blog sendiri apart from dok bace blog orang jek..tapi mampukah aku? kreatifkah aku?ade mase kah aku? aper patot aku tulis?



dah2..ape kate kite berkenalan sempena hari persekolahan yang bakal dibuka semula isnin ni..aku (mama zikrul) puan isteri kepade encik suami (papa zikrul) dan dah hampir 5 bulan menjadi mama kepade (zikrul la)..membanting tulang empat kerat dalam Oil & Gas Field (cehh..padahal slalu amek AL)..org selatan jati..umur?tak payahla nak tahu..keypo lak korang ni..ekekeke..yerr..seperti gambar tertera..itula mama zikrul yang sering membuli anaknye tanpa niat (sebenarnye kami saling buli-membuli)..dan yang comel tu la pak haji zikrul wannabe..

okla..that's all folks..aku rase nak end up sampai sini dulu..second chapter will be continue later....dadaaaaa...